Friday, October 30, 2009

Prebiu Ulung BLP ( 12-12-2009 )

Salam Bahagia,

Apabila saya bercakap tentang BLP ataupun kefahaman dan pendekatan saya tentang kehidupan seimbang, samada semasa sesi program-program yang saya kendalikan mahupun ketika berinteraksi dengan rakan-rakan, saya dihujani dengan pelbagai pertanyaan. Setelah saya berikan penjelasan, walaupun ringkas, boleh dikatakan hampir kesemua mereka menunjukkan minat dan memberikan dorongan agar BLP disampaikan serta disebarluaskan kepada orang ramai. Saya bersyukur dan merasa lebih bersemangat lagi. Saya betul-betul rasa terpanggil untuk berusaha dan bekerja keras bagi merealisasikan dorongan ini.

Sebenarnya BLP adalah ringkasan kepada ‘Balance Living Program’. Ia merupakan satu program pembangunan kapasiti insan yang digubal khas untuk sesiapa sahaja yang ingin membentuk kehidupan seimbang. Ia bukanlah satu program keusahawanan, keagamaan atau politik. Sebaliknya BLP mengajak manusia kembali kepada asas (back to basic) dalam inisiatif mereka untuk mencapai matlamat dalam kehidupan masing-masing.

Pembelajaran dan intipati kandungan BLP bersumberkan hampir 50 tahun pengalaman hidup pengasasnya bermula dari zaman kanak-kanak, remaja, pelajar, berkeluarga, bermasyarakat, bekerja hinggalah sekarang. Selain itu, ia juga disulam dengan kajian, perbandingan serta rujukan daripada khazanah ilmu pengetahuan warisan zaman berzaman.

Oleh kerana BLP digubal khas untuk manusia sejagat, ia menerobos tembok sempadan bangsa, agama, keturunan, kerakyatan, gender, pangkat, darjat dan usia. (Buku BLP ditulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris).

Di antara perkara yang unik dan istimewa di dalam BLP ialah;

1) Program Membina Kehidupan Dan Bukan Hanya Penghidupan. (Make A Life NOT Just A Living)

2) Sepuluh (10) Siri Program Kuasa Meningkatkan Kapasiti Kendiri (The 10 Power Series Towards Personal Capacity Enhancement )

3) Program Indeks Kehidupan Seimbang dan Mekanisme Pengukuran Serta Pengawalan Yang Berkaitan Dengannya.

4) Siri Program Syirrutherapy : Kaedah Pengukuhan Kendiri (The Body Heals Itself).

5) Program NALIS : Sains Kemahiran Hidup Bukan Akademik di bawah Borneo Open International University (BOIU) USA.

6) Program Rangkaian & Alumni BLP (TUNAS, PEWARIS, CERMIN, JAYAWAN, WANITA & KHUSUS) dan

7) Beberapa Lagi Program Bersepadu BLP.

Atas permintaan ramai, satu penerangan ulung (preview) akan disampaikan sendiri oleh pengasas Program BLP. Ini dijangka diadakan pada 12.12.2009 (Sabtu) di Kota Kinabalu, Sabah. Butir-butir lanjut akan dimaklumkan kemudian. Sila ikuti perkembangan melalui Blog ini dari semasa ke semasa.

Prebiu tersebut akan dibuka kepada umum. Jika anda mendaftar sebagai pengikut blog ini (sebelum sesi prebiu tersebut) dan mengambil bahagian dalam sesi maklumbalas, anda akan diberikan keistimewaan sebagai Penyokong Awal BLP.

Selepas prebiu, kita akan adakan sesi khas untuk mereka yang berminat menjadi ‘Penyambung-Lidah BLP’ ataupun fasilitator BLP agar inisiatif ini dapat disebarluaskan di mana sahaja diperlukan. Ini terbuka untuk semua orang yang berumur 25 tahun ke atas tanpa mengira gender, bangsa, agama dan kewarganegaraan.

Bersama-sama kita membentuk kehidupan yang seimbang.
Selamat maju jaya.

Dr Mile
Pengasas BLP

13 comments:

ah madd said...

Assalamu'alaikum Dr. Mile,
Welcome back dgn selamat ke KK.
I think you've make a great impact and memberi kesedaran yang setingkat lebih tinggi kepada hadirin di seminar Dr ..
I wish I were there to help n support and most of all learn something valuables from your talk.

I wish tak ada halangan apapa nanti 12.12.2009 surely i want to join the talk.. n dengar and share some ilmu from Dr. and your other panel speaker.

Thank you Dr. I was glad and campur rasa sedih dalam gembira bila Dr. sudi kirimkan SMS buat saya. Mmg saya akan hantar message buat Dr via comment dalam blog ini, supaya tiap tulisan kiriman saya dapat dibaca oleh kawan kawan dalam blog tenagapuncakmaya ini.

This is the first time I met a Dr Hj. yang tak pilih orang sebagai kawan or sahabat. rasa begitu easy and santai bila jumpa Dr tempohari.

Minta diri buat masa ini, will be right back from time to time.
Hidup BLP Hidup Dr. Mile, Hidup perjuangan Dr. Mile.

Yang benar,
jefri.

Arty said...

Salam untuk anak buah (Dr. Mile) dan para pembaca blog ini. Saya memang amat teruja dengan perspektif yang cuba di high-light di sini dan rasanya ia benar-benar diperlukan bukan sahaja oleh golongan "youth" tp juga di semua peringkat usia.Tidak ada sempadan usia yang benar2dapat mengukur kematangan seseorang

Ramai di antara kita dewasa ini kehilangan arahtuju. Jatidiri yang sebenar. Kita terlalu dipengaruhi oleh demand persekitaran dan budaya hidup baru...jadi untuk menjadi diri yg seimbang (spt yang disaranjan BLP) pertama kita harus mengenali diri secara jujur barulah tahu apa yang perlu diubah, perlu di-retain. sayangnya sebagai manusia biasa kita seringkali gagal menilai diri, apa lagi mengakui segala kekurangan (fitrah manusia). Justeru itu Program BLP ini memang boleh dijadikan tool yang berguna. Develop cepat doc...

Dr Mile said...

Wa’alaikum Salam Sdra Tuan Haji Jefri.

Terima Kasih atas kata-kata semangat yang diberikan. Saya amat menghargainya dan menerimanya sebagai satu dorongan untuk terus berusaha dengan gigih dan berwaspada.

Saya rasa cahaya keikhlasan yang sdra bawa ketika berinteraksi dengan orang lainlah yang menyebabkan sdra sering mendapat layanan baik. Dalam konteks ini, apa yang kita lakukan hanyalah kembali kepada asas (Back to basic) iaitu; ‘Do unto others as we want others to do unto us’  Jika seseorang ikhlas melakukan sedemikian, undang-undang alam (Law of the universe, Law of Attraction dan Law of Cause and Effect) akan memberikan natijah tindakbalas menurut prinsipnya yang tersendiri (sebagaimana prinsip air mendidih dan menjadi wap apabila dipanaskan). Kerana itu adalah fitrah prinsip!

Pastinya saya ingin melihat sdra ada bersama-sama saya bukan hanya pada 12.12.09 tetapi disetiap perjalanan inisiatif kecil ini. Dunia ini hanya satu, jadi, kita semua perlu sokong-menyokong dan bantu-membantu antara satu sama lain dalam semangat satu keluarga yang besar (one big family). Diharap sdra tidak jemu dan terus memberi komen, pendapat dan pandangan mahupun teguran membina melalui blog ini untuk menfaat saya dan pembaca yang lain.

Semoga kita diberikan kesihataan dan keupayaan untuk menjayakan prebiu BLP pada 12.12.09 kelak dan seterusnya melangkah kehadapan dengan tenang dan tersusun dalam membentuk keseimbangan dalam kehidupan.

Selamat maju jaya.

Dr Mile said...

Salam Anty Jayne,

Terima kasih atas sokongan anty pada saya. Saya rasa semua anak-anak buah di dunia ini akan merasa sangat bersemangat bila mendapat sokongan daripda anty mereka sendiri. Begitulah perasaan saya (anak buah).

Ya anty, inisiatif untuk hidup seimbang sangat diperlukan disemua peringkat kehidupan manusia, bermula dari kecil hinggalah dewasa dan bahkan selagi hayat dikandung badan. Ini kerana, manusia akan lebih mudah menjadi insan sihat, produktif dan bahagia jika mereka dalam keadaan yang seimbang. Kerana dalam kesimbangan ada ketenangan dan dalam ketenangan itulah sebenarnya terletak rahsia kekuatan ada hikmah.

Melalui komen anty, nampaknya, walaupun anty belum lagi melihat buku yang saya tulis, seolah-olah anty sudah boleh membaca apa yang terkandung di dalam minda dan diri saya. Saya akan memaparkan sebahagian daripada isi kandungan buku tersebut semasa Prebiu BLP pada 12.12.09 nanti.

Syukurlah, dengan izin tuhan, BLP (dalam bentuk ianya sekarang) telahpun dibangunkan dan kini dalam proses penelitian akhir. Sebab itulah saya ingin membuat prebiu pada 12.12.09. Datang ya anty.

Terima Kasih.

ah madd said...

Assalamu'alaikum Dr. Mile,
Sejak kembali dari Tawau, I was wondering, apa input and insights yang dpt Dr. serapkan dan seterusnya menjadi ilmu buat kita semua berkongsi? sbb bagi saya, setiap hari setiap orang akan mendapat pelbagai peristiwa dan pengalaman.
Sebagai "anak-anak buah" Dr. ni..
apa yang Dr. harapkan dari kami selain sokongan moral.. mahukan kami bersatu dan setia dan bersaudara dalam misi ini?
Amcam saudara-saudari semua?? sudah bersedia?
berjuang bukan untuk Dr. sahaja, tapi kita berjuang mengubah untuk kembali back to basic..
sorry, mind my language.. kadang BM and BI saya bukanlah bagus, but I try to make everyone understand.

Salam buat semua buat masa ini.. will be right back soon. counting the days untuk berjumpa dengan rakansaudara sekalian.
Dr. Mile, dimana nanti prebiu ini dilancarkan? Is there anything i can help? can call and count me in. teruja pulak mahu jumpa semua.
Thank you.. have a nice day.. RAhmatilah dan berkatilah Dr. Mile sekeluarga dan Tuan Kudus, dan rakan saudara sekalian.

Abu Naufal said...

Assalamualaikum wr.wb.

Saya setuju dengan Jefri, program or seminar kendalian Dr and Crew (in door & Out door) sangat memberi impak kepada setiap peserta.

Sepeanjang 3 hari saya menjadi pemerhati(sekaligus belajar!) kebanyakan peserta sangat teruja dgn pendekatan Dr disetiap sesi. Lihat sajalah wajah ceria para peserta dalam gambar tu!

Tidak hairan kalau ramai dikalangan peserta yg meminta agar program sedemikian dengan kendalian Dr diteruskan dimasa akan datang.

Saya berdoa dan berharap juga agar Prebiu Ulung BLP (12/12/2009) dapat dilaksanakan dengan lancar.

Amin...

Dr Mile said...

Terima kasih saudara ah madd,

Selain daripada faktor ‘kesimbangan’, terdapat beberapa perkara lagi yang boleh membawa kepada kesatuan insan. Di antaranya ialah ‘Shared Intention, Shared Vision & Shared Goals’. Sekiranya ketiga-tiga perkara ini wujud, dengan sendirinya akan timbul kesatuan dan kesinambungan dalam sesuatu inisiatif itu.

Ini hanya akan terjadi apabila orang lain juga turut memahami mesej atau intipati yang ingin kita sampaikan. Kefahaman tersebut akan lebih mudah berlaku jika mesej yang disampaikan itu ada hubungkaitnya dengan keadaan, pengalaman atau pemikiran yang sedang mereka tempuhi pada masa ini ataupun yang pernah terbendung selama ini. Apabila mereka dapat melihat diri mereka berada di dalam mesej yang diutarakan, dan ‘share’ perkara itu, mereka dengan sendirinya akan akur dan menjadi pengemudi (bukan hanya anak-buah) di dalam sesuatu perjuangan itu. Dalam hal ini, saya yakin, kehidupan seimbang adalah satu hakikat yang menjadi idaman ramai orang di bumi ini.

Apa yang perlu kita lakukan ialah menghasilkan bukti-bukti yang nyata dan mendokumenkannya untuk paparan lebih ramai manusia, bahawa cita-cita untuk membina kehidupan seimbang dapat di capai melalui pendekatan BLP yang kita usahakan ini. Saya bersyukur kerana dengan ihsan tuhan, kita telah menemui satu kaedah yang mudah, praktikal, tersusun, universal dan efektif untuk sesiapa sahaja yang ingin membina kehidupan seimbang.

Justru itu, kita tidak perlu terburu-buru atau bersikap gopoh-gapah kerana perjuangan ini adalah satu proses atau perjalan hidup yang harus saya dan saudara saudari alami masing-masing. Cuma harapan saya, apabila saudara –saudari telah menemui natijahnya, sudilah kiranya berkongsi pengalaman tersebut untuk dijadikan pedoman bagi orang lain yang mungkin masih dalam pencarian.

Lokasi dan tempat prebiu BLP akan saya umumkan kelak. Terima kasih di atas kesediaan dan kesudian saudara untuk membantu. Saya sangat mengalu-alukannya 

Salam bahagia dan salam mesra dari saya untu saudara sekeluarga.

Dr Mile said...

Terima kasih saudara Abu Naufal,

Kehadiran saudara memberikan inspirasi kepada saya. Saudara masih muda dan penuh dengan potensi. Saya yakin bila saudara sampai kepringkat umur saya, saudara pastinya bertambah kaya dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan serta boleh melakukan yang lebih baik lagi daripada saya!

Begitulah hasrat saya, agar obor yang kita nyalakan untuk membawa lebih ramai manusia supaya bersama-sama dalam inisiatif membentuk kehidupan seimbang ini perlu dipindahkan ke seberapa banyak orang yang boleh khususnya generai pewaris Negara akan datang.

Keep the spirit glowing brother and Happy Birthday (31 Oktober)

Unknown said...

Salam Dr.Mile,

Firstly, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi berkongsi perkara yang baik dengan kita semua.Apa yang Dr. cuba utarakan disini amatlah berfaedah dan boleh mendatangkan kebaikan kepada insan sejagat. Saya, contohnya..setelah membaca artikel Dr. hari tu,banyak perkara yang timbul di minda saya, tentang hidup ni dengan segala kesibukan yang sentiasa memburu sehingga kekadang saya menjadi lupa atau lalai dengan tanggungjawab yg lain atau apa yang saya kejar sebenarnya. Pada pendapat saya, ramai lagi kawan-kawan yang mengalami keadaan yang serupa.So apa yang Dr. hendak sampaikan (BLP) itu tentu akan dapat memberi manafaat kepada sekalian,kerana saya tidak menafikan yang dalam kehidupan yang serba mencabar sekarang ni, ramai yang hilang atau tercari-cari akan indentiti diri sendiri.

Saya sungguh bersyukur kerana adanya Dr. yang sudi memberi tunjukajar dan sudi pula berkongsi pengalaman dengan kita semua.

Insyaallah saya akan datang pada 12.12.09 nanti,of coz untuk dapat info yang lebih details lagi.

Once again, tqvm and all the best.

Ezane.

Dr Mile said...

Terima kasih Ezane, kerana sudi membaca coretan saya dalam blog ini dan malah memberikan komen yang menggalakkan. Saya bersyukur jika ada perkara yang saya coretkan dalam blog ini dapat membawa sedikit-sebanyak manfaat kepada anda atau sesiapa sahaja yang membacanya, walau bagaimana kecil sekalipun manfaat itu.

Sebenarnya saya bukan berniat secara khusus untuk memberikan kata-kata motivasi atau membuka tajuk untuk dikuliahkan di dalam ruang ini. Blog ini hanyalah permulaan nukilan perkongsian tentang sedikit daripada bertahun-tahun pengalaman hidup yangs saya lalui dalam pengembaraan mencari ‘diri’ serta pengembaraan saya mencari penyelesaian (solutions) kepada pelbagai masalah yang menghambat diri saya dan keluarga saya.

Blog ini adalah muqadimah pemanasan ‘warm-up’ dan persediaan awal kepada buku BLP yang sedang saya halusi. Apabila siap kelak, buku itu akan saya jadikan pusaka untuk anak-anak dan generasi saya. Sekurang-kurangnya adalah juga peninggalan saya kepada mereka dan kepada sesiapa juga yang berminat.

Ezane, bukan sedikit peristiwa dalam kehidupan ini yang jika hendak diibaratkan, tidak ubah seperti ‘ombak ganas menghempas pantai / tebing dalam diri saya. Walaupun saya ingin menjadi umpama batu karang yang gagah berdiri teguh menerima setiap titis hempasan ombak itu, namun banyak kali juga batu karang ini telah pecah dan terhakis sedikit demi sedikit. Pada masa yang sama, ombak pula sentiasa datang menghempas bertali arus tak jemu-jemu tanpa henti. Walaupun saya menjerit dan merayu minta supaya badai itu berhenti menghempas, ia hanya akan reda buat seketika sahaja dan kemudian kembali lagi mengganas. Pada mulanya saya benar-benar marah kepada ombak dan menuduhnya tidak ada belas kasihan.

Lama kelamaan baru saya memahami rupanya ombak juga mahluk ciptaan tuhan. Ia juga ada misi yang tersendiri untuk memainkan peranan mengimbangkan alam ini. Bahkan ia sungguh patuh pada perintah alam! Rupa-rupanya ia bukan menghempas di pantai/tebing ini sahaja, ia tidak pilih, dimana sahaja ada tebing ia tetap akan hempas. Kerana itulah misi dia. Ringkasnya inilah resm kehidupan ‘life’.

Sejujurnya saya mengaku, bukan sedikit peristiwa dalam hidup ini yang telah membuat saya betul-betul lemas longlai tak bermaya, bahkan hampir-hampir sahaja berputus asa. Hampir-hampir sahaja saya mengambil jalan mudah, membiarkan diri ini hancur dihempas ombak dan membiarkannya hanyut terapung-apung di lautan tanpa hala tujuan. Bermacam-macam perasaan telah saya lalui - rasa takut, rasa malu, rasa kecewa, rasa derita dan berbagai lagi rasa yang telah menyelubungi diri ini.

Tetapi saya bersyukur, hingga kini saya masih ‘survive’! dan selama proses itu, saya semakin mengenali diri dan alam ini. Rupanya apabila kita mampu hidup secara harmoni dan seimbang dengan alam (live in harmony with nature and the universe) barulah kita akan memahami maksud yang tersurat dan tersirat dalam kehidupan ini. Bagaimanakah caranya? Apakah petuanya? Adakah tekniknya? Kesmua inilah yang saya kongsikan dalam buku dan program BLP.

Justru Ezane, dalam blog ini, kita baru sahaja bertaaruf. BLP belum mula lagi. Sebab itulah anda akan dapati penulisan saya sangat bersahaja dan lebih kepada bercerita. Terusterang saya akui bahawa saya bukanlah seorang penulis. Saya seorang pemikir, seorang pengkaji, seorang penuntut dan seorang yang suka mencipta sesuatu yang baru.... bersambung

Dr Mile said...

... sambungan kepada Ezane

Apakah yang saya fikir, kaji dan tuntut? Ini boleh dirumuskan dalam satu perkataan iaitu kenidupan ‘life’. Sebab ituah dalam buku dan program BLP saya, ada satu bab khusus mengenai ‘Membina kehidupan dan bukan hanya penghidupan’ (Make a life and Not just a living). Ini kerana telah bertahun-tahun saya memburu ‘a living’ hinggalah saya tersentak dan sedar bahawa saya rupanya tidak kurang telah menjadi hamba kepada pekerjaan. Dalam saya mencari penghidupan (living) saya lupa tentang kehidupan (life). Apabila ini berlaku, saya sudah tersasar ‘derailed’ daripada tanggungjawab hidup yang sebenar – tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Saya hanya sibuk memikirkan perut, pakaian dan lakonan-lakonan untuk mencari perhiasan supaya mempengaruhi pandangan dan persepsi orang terhadap saya. Ringkasnya, hidup ini telah penuh dengan sandiwara dan tiada kejujuran pada diri sendiri. Kini saya sedar perbuatan tersebut adalah tidak seimbang dan saya telah membuat keputusan untuk memperbaiki kehidupan ini.

Mungkin anda tertanya-tanya, siapakah guru dan mentor saya? Sebagai seorang yang suka dan rajin menuntut. Siapa sahaja yang sudi dan ikhlas berkongsi pengetahuan dan pengalaman kepada saya, akan saya anggap sebagai guru dan mentor saya. Ini termasuklah dari segi agama, perniagaan, bela-diri, sukan, muzik dan hiburan, profesyen, berjenaka dan lain-lain lagi.

Oleh itu, saya mempunyai ramai guru yang datang daripada pelbagai bidang, peringkat, bangasa, agama dan Negara. Saya juga suka membaca dan bertukar-fikir dengan sesiapa sahaja yang sudi. Saya seorang yang serius dalam menuntut dan amat mengjaga adab, tata-tertib berguru tanpa memilih usia, keturunan, gender, darjat, agama dan status sosial. Saya bukan hanya menghormati guru-guru saya, bahkan saya menyayangi mereka.

Salah satu yang perkara menarik dalam konteks ini ialah saya juga berguru dengan alam (nature & the universe). Mungkin ada orang merasa pelik, bolehkah seseorang itu berguru dengan alam? Jawapan saya ialah, kenapa tidak? Jika kita perihatin dan khawas, kita boleh berkomunikasi dengan alam. Terdapat beberapa kaedah yang boleh diaplikasi disini. Salah satu daripadanya ialah melalui pengalaman yang kita proses menggunakan kaedah ‘relate and reflect’ atau “cleaver people learn from their mistakes’ and ‘wise people learn from other people’s mistakes’.

Sebenarnya seringkali dalam kehidupan kita, alam ini telah memberikan ‘isyarat’ (signals) tetang sesuatu peristiwa atau keadaan yang sedang kita lalui dalam kehidupan ini. Isyarat-isyarat tersebut memberikan pedoman (clue) ataupun maklumat yang harus diambil kira dalam menentukan tindakan yang perlu diambil untuk penyelesaian bagi sesuatu isu yang sedang kita hadapi.

Bagi orang yang perihatin dan khawas, mereka boleh membaca inyarat tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya. Hasilnya, mereka melongsori khidupan ini dengan harmoni sesuai dengan objektif yang mereka inginkan. Namun, ramai juga yang tidak peka atau tidak mengenali isyarat yang deberikan, atau sengaja tidak menghiraukan isyarat tersebut dan akibatnya terpaksa melalui jalan susah untuk mencapai objektif mereka. Kaedah-kaedah seumpamana ini terkandung dalam BLP.

Ezane, komen anda, walaupun ringkas, telah menyentuh diri saya. Saya sangat bersyukur mempunyai rakan-rakan dan saudara seperti anda dan semua yang berhubung dengan saya melaui blog ini. Apa yang saya ingin lakukan ialah memperbaiki diri sendiri dalam konteks membina kehidupan seimbang. Dalam masa yang sama, saya ingin mengajak sesiapa sahaja yang ikhlas dan berminat untuk turut serta dalam pengembaraan ini tanpa paksaaan walau sedikit pun. Inisiatif ini adalah serius dan bukan hanya sekadar bahan cerita ‘motivasi’ atau ‘marketing’. Pun begitu marilah kita bergembira sambil belajar (Enjoy learning) 

Terima Kasih.

Anonymous said...

Assalamualikum, Dr.MILE,

Alhamdullilah akhirnya saya berkesempatan untuk 'meneroka' sendiri laman blog ini setelah sekian lama mencari-cari masa yang sesuai untuk membaca isi kandungannya kerana kesibukan masa di tempat kerja...

Saya merupakan salah seorang peserta program "TEAM SYNERGY BUILDING" di SSB yang berlangsung bulan okt. Yg lalu...Terus terang saya katakan dengan hati yang ikhlas bahawa program ini betul-betul amat bermakna dan memberi kesan yang besar kepada kehidupan saya sekarang, samada didalam bidang kerjaya saya mahupun kehidupan saya seharian...

Setiap pengalaman yang saya lalui dan ilmu yang saya perolehi sepanjang program tersebut saya jadikan panduan dalam bidang kerjaya saya yang memerlukan komitmen yang tinggi....bukan senang untuk saya menjadi "NAKHODA" sebuah "KAPAL" yang dipenuhi anak-anak kapal yang terdiri daripada golongan lelaki.....tapi,memang betul kata Dr.Mile,tiada yang mustahil di dunia ini dan setiap apa yang kita katakan dan apa yang kita fikirkan,itu lah yang akan berlaku dalam kehidupan kita kelak...Ini kerana,banyak perkara yang saya lalui membuktikan bahawa "KUASA PEMIKIRAN dan PERCAKAPAN" boleh menjadi realiti suatu hari nanti...

Di sini saya ingin berkongsi dengan Dr.Mile satu pengalaman yang saya tidak boleh lupa yang berlaku dalam beberapa bulan yang lalu....

Beberapa bulan sebelum saya dinaikkan pangkat dari seorang Executive estate operation menjadi "ASSISTANT MANAGER" in field operation,ketika sesi 'mustering' yang dijalankan pada setiap awal pagi di ladang saya,tiba-tiba saya dan konduktor saya terlihat 'TAHI BINTANG' lalu di langit...lalu, saya mengajak dia untuk membuat satu permintaan seperti yang saya pernah lihat dicerita-cerita korea dulu yang mengatakan bila kita melihat 'tahi bintang' lalu, bila kita membuat permintaan, permintaan kita akan dimakbulkan...atas dasar ingin mencuba dan ingin melihat sendiri kebenarannya, saya pun membuat satu permintaan kecil dan berkata-kata didalam hati "YA ALLAH, SEMOGA AKU DINAIKKAN PANGKAT DALAM MASA YANG TERDEKAT INI"...selang beberapa minggu kemudian,saya mendapat surat untuk menghadiri temuduga bagi jawatan tersebut dan sebulan kemudian saya dinaikkan pangkat ke jawatan "ASSISTANT MANAGER-field operation"....Sebaik sahaja saya mendapat surat kenaikan pangkat tersebut ,saya teringat semula peristiwa melihat 'tahi bintang' tersebut dan hajat yang saya pohon dengan ALLAH dengan hati dan tekad yang kuat...itulah "POWER OF MINDS and WORDS"...

Banyak lagi peristiwa dan pengalaman yang saya lalui yang menjadi bukti kepada 'POWER OF MIND" dan "POWER OF WORD"....dan insyallah,saya akan kongsikan ia dimasa-masa akan datang dalam ruangan komen Dr.Mile ini...Saya berharap suatu hari nanti saya akan berpeluang lagi untuk mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh Dr.Mile...Good Luck,Dr.Mile...

ah madd said...

Dear Anonymous,
TAHNIAH atas pelantikan anda di organisasi tempat anda bekerja. Wah!! ketemu meteor tahi bintang?
kalu ketemu lagi apa hajat seterusnya?.. percaya pada sikap² positif dan juga keyakinan dan tekad anda boleh lebih berjaya career-wise .. :)

Mehh laa join Blog nih.. blog tenagapuncakmaya nih perlukan anda.
Saya sendiri belum pernah sertai mana-mana seminar anjuran Dr. Mile, tapi saya sangat teruja bila pertama kali bertemu face-to-face dengan Dr. Mile dan Tuan Kudus..
Belumpun lama, saya sendiri volunteer daftar sbb takut terlepas insight² dari Dr. dan Tuan Kudus.
Tak ramai orang yang sanggup membantu orang lain dan menyatukan kasta... saya katakan begitu sbb saya tidak bekerja tapi saya diterima sebagai rakan
dalam blog ini dan misi tuan Dr. Mile dan Tuan Kudus.
Anda Anonymous begitu bertuah sbb dapat menyertai satu seminar yg saya pasti memberi anda lebih ilmu dan lebih positif dan seimbang.. kan?
salam pada anda dan teman² Puncakmaya.. please don't hesitate to share your story dan keep in touch..