Saturday, December 31, 2022

MyBLP MELANGKAH KE TAHUN 2023


MyBLP MELANGKAH KE TAHUN 2023

1. Alhamdulillah syukur, hari ini MyBLP melangkah masuk ke tahun 2023. Tahun 2022 merupakan tahun yang bersejarah, kerana pada tahun tersebut MyBLP telah melakar beberapa pencapaian, di antara ialah;

Karya MyBLP siap penulisan 100%

Lulus Tradmark Logo MyBLP di MyIPO

Lulus hakcipta terpelihara di MyIPO bagi tiga buku Siri MyBLP

Lulus ISBN di Perpustakaan Negara

Cetakan pertama Tiga Buku Siri MyBLP sebanyak 40 set

Hadiah satu set Buku MyBLP kepada YAB Ketua Menteri Sabah 

Hadiah satu set Buku MyBKP kepada Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia

Hadiah set buku kepada beberapa orang yang pernah menyumbang bantuan.

Kursus pertama Kembara Insan Seimbang untuk Asnaf di KL


2. Setelah duapuluh tahun sejak saya mula menulis idea pada 2002, sehingga siap naskah pertama buku MyBLP dengan rasminya pada tahun 2022, terlalu banyak peristiwa, kejadian dan pengalaman hidup yang mematangkan telah saya tempuhi. Pada tahun 2020 – 2021 seluruh dunia dilanda wabak Covid19 dan seluruh negara dalam keadaan “Lock-Down”. Saya adalah salah seorang magsa wabak Covid19 dan terpaksa dirawat dalam Wad Khas di QEH selama 14 hari. Namun, hikmahnya selepas itu, saya telah fokus dan menyiapkan penulisan buku MyBLP sehingga 100 siap.


3. Kini saya harus melangkah setapak lagi untuk membawa MyBLP keluar dari dalam buku ke dalam kehidupan seharian insan sejagat. Misi saya seterusnya ialah untuk membawa MyBLP ke persada dunia luar agar dapat dimanfaatkan oleh seberapai ramai insan sejagat. Maka saya pun membuatlah beberapa persediaan awal.


4. Di antara perancangan awal yang telah saya buat ialah;

Pelan Perniagaan MyBLP

Pelan membawa MyBLP kedalam Medsos melalui 13 siri Video Klip Tiktok

Pelan membuat Image Branding MyBLP

Pelan membuat merchandize untuk MyBLP


5. Walaupun saya ada membuat beberapa perancangan awal bagi mencapai maksud tersebut, saya tidak memaksa diri sama sekali. Sebaliknya saya mengikuti arus alam dan bertindak mengikut ke mana aarus itu membawa saya. Bukan kerana saya jumud atau was-was, tetapi saya yakin bahawa alam ini pasti membawa saya ke suatu destinasi yang indah dan bahagia pada suatu masa yang paling sesuai.


6. Dengan itu, saya melihat tahun 2023 ini dengan pandangan yang optimis dan yakin bahawa MyBLP akan maju kehadapan dengan seimbang sambil menawan gunung demi gunung menuju kepuncak jaya dimana ia selayaknya dengan izin Allah swt. Saya akan kongsikan perkembangan seterusnya dari semasa ke semasa.


Salam Maju Jaya dalam Keseimbangan.


Dr.Mile

01hb Januari 2023




Friday, November 11, 2022

The Birth of my Triplets





11hb November 2022 (Jumaat) adalah tarikh kelahiran Buku MyBLP.