Pada mulanya, inisiatif ini lahir dalam pencarian saya untuk mendapatkan penyelesaian kepada bermacam-macam masalah yang saya hadapi dalam kehidupan yang penuh mencabar ini. Saya sering buntu, resah-gelisah, kecewa dan terpaksa menanggung akibat daripada masalah-masalah yang saya hadapi yang berkisar daripada masalah peribadi dan konflik kendiri, masalah keluarga, masalah kewangan yang tidak pernah cukup, masalah kerjaya dan perniagaan dan bermacam-macam lagi. Bilalah agaknya masalah ini akan berakhir? Saya sudah sangat letih dan longlai dengan keadaan susah yang tak habis-habis ini.
Bukan saya tidak berusaha memperbaiki keadaan. Bermacam-macam cara pendekatan telah saya usahakan; membaca buku, menghadiri kursus, meminta nasihat agama dan nasihat profesional, berdoa dan bermacam-macam lagi. Memang ada juga keberhasilan, tetapi ianya tidak dapat bertahan lama dan seringkali saya kembali ke garisan awal – balik asal! Kenapakah ini berlaku?
Melalui pembacaan dan pencarian, lama kelamaan saya mula menyedari, rupa-rupanya kebanyakan permasalahan yang saya hadapi ada kaitan rapat dengan gaya hidup yang saya lalui sebagai penghuni di bumi ini. Ada kemungkinan besar, gaya hidup saya sendiri yang mengundang pelbagai cabaran. Gaya hidup yang hanya saya dan orang yang hampir dengan saya sahaja yang mengetahuinya.
Rupa-rupanya gaya hidup saya ini berpunca daripada sikap saya sendiri yang terbit dan dipengaruhi oleh persepsi saya kepada apa yang saya fikirkan. Bagaimana persepi saya tentang sesuatu peristiwa itu telah mempengaruhi perasaan saya semasa berinteraksi dengan orang lain atau dalam menghadapi sesuatu keadaan. Apa juga perasaan yang saya alami itu (misalnya samada suka atau tidak suka) akan membuat saya melakukan tindak-balas yang saya rasakan sesuai pda ketika itu. Berikutan dengan itu, kualiti tindak-balas yang saya lakukan pada ketika itu, akan mempengarusi tindak-balas org lain pula kepada saya! Ini pastinya juga mempengaruhi kualiti keadaan saya dalam konteks tadi.
Melalui kesedaran ini, saya mula mengenali bahawa punca sebenar masalah adalah daripada minda dan cara pemikiran saya sendiri. Ini membuatkan saya sudah semakin bersemangat kerana sudah agak pasti bahawa saya telah menemui 'dalang' kepada permasalahan yang saya hadapi selama ini – iaitu cara berfikir. Bak kata pujangga: ”Anda adalah apa yang anda fikirkan”. Apabila saya menemui jawapan tersebut, saya sudah hampir pasti inilah penyelesaian. Saya mula belajar pelbagai teknik penggunaan minda. Memang saya akui, daripada titik inilah bibit penemuan mencari jalan penyelesaian bermula. Namun, saya gagal mengatasi masalah yang saya hadapi. Kebanyakan kaedah yang saya temui lebih bersifat teori, retorik mahupun terlalu falsafah. Atau saya sendiri yang bebal dan bingung? Hakikatnya saya masih menemui jalan buntu!
Belumpun reda keadaan ini, saya dihambat lagi dengan satu penemuan yang agak drastik. Bahkan saya pernah hampir-hampir putus asa apabila menyedari bahawa masalah yang saya sedang hadapai ini terbit daripada arus gelombang sejagat! Ini kerana saya berada dalam salah satu sub-sistem di dalam sitem global yang menyelubungi bumi tercinta ini; seperti sistem ekonomi, sistem pendidikan, sistem sosial, sistem politik dan lain lain lagi.
Secara realiti dan dengan ringkasnya, sistem pendidkan yang saya lalui telah mempengaruhi cara saya berfikir dan bertindak, sistem ekonomi dimana saya berkerjaya telah mempengaruhi cara saya berkerjaya dan mencari harta, sistem sosial dimana saya berinteraksi telah mempengaruhi cara saya bergaul dan hidup dalam masyarakat, sistem politik yangs aya perjaungkan pula telah mempengaruhi cara saya melihat dan memperjuangkan hak bangsa sendiri dan mempertahankan hak tersebut daripada orang lain dan seterusnya. Apa yang menarik tapi menyedihkan ialah, boleh dikatakan kebanyakan sistem-sistem ini telah menjadikan saya seorang manusia yang mementingkan diri sendiri, mengejar kebendaaan dan sentiasa dahagakan sanjungan manusia, bahkan mungkin tidak keterlaluan jika disebuat banyak berunsurkan hipokrit dan superfisial.
Bila saya sedar bahawa saya sedang berada di dalam lautan yang mengandungi sistem-sistem sebegini dan terpaksa hidup didalamnya bersama manusia-manusia yang juga memperjuangkan sistem-sistem tersebut dan saya sendiri sedang bergelumangan dengan program, aktiviti serta proses-proses secrta biudaya yang mendokong sistem-sistem tersebut, saya merasakan saya sudah ibarat lemas dalam 'lautan masalah' dan ibarat hanya mapu terhoyong hayang dipukul ombak.
Soalnya bolehkah saya berubah dalam keadaan ini sedangkan saya ibarat setitis air dalam lautan lepas yang sangat luas! Mampukah saya menghadapi Tsunami ini? Ahh mana mungkin. Saya semakin keliru dan hampir sahaja mahu putus asa. Pemikiran-pemikiran hampa dan menyelubungi diri saya dan membawa saya mengambil jalan pintas dengan hanya ’Lebih baik pasrah dan bertawakal saja’.
bersambung ...3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Assalamualaikum..
Membaca di ruangan ini ibarat saya mendapat siraman rohani..Tahniah buat Dr Mile. Mmg benar kita/saya sendiri sering tercari2..bagaimana cara utk menenangkan jiwa.. krn di dlm hati berhimpun segala perasaan takut,berani,cinta, suka dan duka..sukar utk di tafsirkan dan manusia harus berikhtiar utk membaiki kehidupannya…benarkan Dr Mile?
Wa'alaikum Salam Siti, Tuhan tidak akan mengubah nasib sesiapa saja dibumi indah ini melainkan mereka mengubah diri sendiri dan berusaha.
Dalam kajian saya, kita harus balik kepada asas (go back to basic) dan belajar mengenal diri dan menyayangi diri. Ini adalah satu pengembaraan dalam kehidupan kita (yang sekali dibumi nyata ini) yang setiap insan perlu melaluinya.
Apa juga yang dialami disepanjang perjalanan itu samada yang kita sukai atau yang tidak disukai, merupakan pengalaman yang amat bernilai. Pasti ada hikmah di setiap kejadian asal kita mahu melihat hikmah itu.
Post a Comment