Sunday, October 25, 2009

Pengenalan BLP Post 5 (Akhir)

Kini saya sedar bahawa penyelesaian yang saya cari-cari selama ini sebenarnya ada dalam diri saya sendiri dan bukannya dari luar.

Saya tidak perlu menyalahkan sesiapa lagi kerana perbuatan itu hanya akan mengeruhkan serta menambah rumitkan lagi keadaan. Budaya tuduh menuduh sepeti dalam dendangan 'Bangau Oh Bangau' harus kita hentikan! Saya harus bermula dari diri saya sendiri dan saya harus bermula dari sekarang.

Apabila saya telah mendapat kesedaran diri dan mula ada kemahuan untuk hidup secara seimbang, barulah keadaan kehidupan saya mula reda dan beransur maju kehadapan. Semakin hari saya semakin bertambah optimistik dan dunia semakin melebar luas berbanding dengan dahulunya yang terasa sentiasa menghimpit.

Dalam masa yang sama, saya juga mula menyedari bahawa saya harus mengajak keluarga saya, teman saya, jiran saya, masyarakat saya. Saya harus melakukan ini tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Ini kerana, semakin ramai orang dalam lingkungan kehidupan saya yang menjalani hidup seimbang semakin baiklah untk saya dan juga orang lain.

Sebagai analogi, mari kita hayati tamsil ini ; Jika kita mulakan kehidupan seimbang, kita ibarat merenjis satu titis air di tengah lautan. Jika semakin ramai organg mengamalkannya, lebih banyaklah titisan dalam lautan tersebut. Semua titisan ini kelak akan bergabung menjadi riak-riak air. Lama kelamaan apabila gabungan riak-riak air kian membesar ia akan menghasilkan ombak. Ombak tersebut akan melahirkan ombak dan ombak dan ombak. Ini kerana, kita adalah sub-sistem di dalam sistem (alam) yang besar.

Oleh kerana usaha kecil ini bukan berbentuk satu perniagaan, bukan berbentuk program agama, bukan berbentuk program politik, kita tidak terburu-buru. Kita tidak terlalu gairah. Sebaliknya kita harus menyusun langkah dengan berhemah dan waspada dengan menggunakan akal fikir dan bertindak dengan hikmah bersama-sama rangkaian rakan-rakan yang boleh menerima mesej yang saya utarakan ini. Ini adalah usaha membina kehidupan yang seimbang secara alami (natural).

Usaha kecil ini merupakan inisiatif murni yang merupakan bibit kepada mengembalikan diri kita secara peribadi, keluarga kita dan kemudian masyarakat kita agar hidup lebih seimbang. Maka dengan itu lahirlah BLP!

Jika anda merasa terpanggil untuk bersama-sama dalam usaha kecil ini, silalah hubungi saya, sertai saya dan sebagai permulaan anda bolehlah mendaftarkan diri menjadi pengikut blog ini.

Selepas ini, bagi anda yang telah mengikuti sesi melalui blog saya, sekiranya anda masih berminat (dan tiada paksaaan sama sekali) anda akan saya ajak untuk berpindah ke lama web rasmi sebagai ’kumpulan pioneer’ secara berdaftar yang setelah itu berpeluang mengikuti program-prgram khusus BLP dengan lebih tersusun dan terancang.

Bagi yang berminat untuk pergi lebih jauh lagi, bolehlah mengasah bakat mereka, kerana saya juga mempunyai program khas untuk melatih dan membentuk krew penceramah dan fasilitator bertauliah untuk menyebarluaskan BLP di alam buana ini.

Selamat Maju Jaya di dalam kehidupan yang seimbangan.

Salam Muhibbah dan
Ikhlas dari saya,


Dr Ismail Idris Al’Banjari @ Dr Mile
Pengasas Program Hidup Seimbang BLP
25 oktober 2009

14 comments:

ah madd said...

Assalamu'alaikum Dr.
Tadi baru saya saya hantar email, then baru dapat masuk blog Dr. ini.
Terima kasih atas pertemuan dan sessi perkenalan tadi, saya jadi teruja dan hasil pertemuan tadi pelbagai idea-idea mencurah-curah seakan tak mahu berhenti. Seronok sekali.
Harapnya itu tadi bukan pertemuan pertama dan terakhir.
Salam daripada Jefri

Dr Mile said...

Salam Sdra Jefri .
Terima kasih atas kesudian sdra berjumpa kami siang tadi dan minat sdra dengan menyertai blog ini.
Saya juga sangat senang dan gembira dapat berkenalan dengan sdra. Semangat dan keikhlasan sdra memang terasa.
Saya harap kita dapat berkerjasama dalam satu pasukan yang mantap.
Saya sarankan sdra sign in sebagai member (follower) blog ini untuk memastikan kesimbangunan jaringan kerja kita.

jayn saidin said...

satu usaha yang baik doc...pastikan sampai ke sasarannya. Anty tetap sokong dari pelbagai sudut; jika diperlukan. Memang ramai di antara kita sekarang ini yang terkeliru dengan diri sendiri. Banyak faktor penyebab, dan faktor itulah yang perlu diperjelaskan.

Dr Mile said...

Terima Kasih anty. Memang sya perlukan sokongan anty kerana terlalu banyak yang perlu dilakukan dan dipikul.
Dalam inisiatif ini kita akan coba membantu sesiapa sahaja yang ingin dan berminat untuk mengenali diri mereka dan menoptimakan potensi diri tersebut.
Namun perlu diingat bahawa kesedaran diri tidak dapat dipaksa dari luar kerana 'Change comes from within'.
Mencari kesedaran diri adalah satu pengembaraan yang perlu dijalani, dilalui dan dialami sendiri oleh setiap orang yang inginkannya. BLP akan menemaninya dalam pengembaraan itu.
Plz also sign in as member anty. Thanx.

Abu Naufal said...

Gambaran yang menarik, perkongsian yang santai, sederhana dan selesa.

pasti pembaca tidak sabar menunggu lanjutannya.

Moga niat ikhlas DR dan kita semua mendapat ridha Allah adanya dan manfaatnya tersebar dan tertabur seluas-luasnya.

Dr Mile said...

Terima kasih Sdra Abu Naufal atas kata-kata semangat dan doa ikhlas Sdra. Sama-sama kita bina kehidupan seimbang. TQ

JunglePeople said...

Count me in Dr in your kumpulan Pioneer...saya anggap ini segagai satu fardu kifayah..kalaulah boleh diibaratkan sebegitu.
I got your sms last nite.

Dr Mile said...

Thanx JP, as usual u can read my mind. Yupp i am glad that you volunteer to be in the pioneer team. Veru much appreciated and most welcomed. Will keep u posted. TQ

Dr Mile said...

Saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran Sdra Ridzuan dan Puan Siti (yang baru sahaja sign-in sebagai member / follower blog ini) kedalam BLP.

Unknown said...

Salam Dr,
Terima kasih sebab sharing dengan kita.sangat teruja dan membuka mata..if anythings i can do,pls tell so.dengan ringan hati,sentiasa menyokong.

Unknown said...

salam dr.
terima kasih kerana sharing dengan kita..sangat teruja dan membuka mata.
sekiranya ada yang dapat saya lakukan..dengan ringan hati saya sentiasa sokong.

siti said...

salam Dr.
satu bentuk perkongsian yg berguna..bnyk info dan memberi dorongan secara spritual.maklum je dlm mnjlnkan kehidupan..sentiasa berdepan dgn cabaran,t/jwb dn berurusan dgn org sekeliling ini yg selalu menimbulkan stress..sy sndri pon nk cr kesimbangan dlm jiwa sndri..supaya tindak tanduk/perckpn x dpengaruhi oleh emosi atau cr pemikiran dn pegangan kita yg ada kalanya x kena..Semoga sy juga akan menjd/berada ddlm golongan yg sntiasa mempunyai kesimbangan dlm diri dlm menghadapi kehidupan yg gembira/bahagia..Congrats Dr Mile

Dr Mile said...

Terima Kasih Ezane, saya amat menghargai kesudian anda untuk menyokong inisiatif kecil ini. Selalu-selalu lah mengikuti blog yang sederhana ini. Semoga kita semua sukses membina kehidupan yg seimbang... Ikhlas Dr Mile

Dr Mile said...

Terima Kasih Siti, saya bersyukur dan gembira sekiranya siti mendapat manfaat daripada coretan saya dalam blog ini, tidak kira dalam apa juga aspek dan walaupun sekadar manfaat yang sekecil-kecilnya.

Semoga niat dan doa Siti untuk menjadi seorang yang mempunyai keseimbangan diri dalam kehidupan yang gembira dan bahagia itu dikabulkan.