Thursday, October 29, 2009

Program Team Synergy Building for Sabah Softwoods Berhad



Salam mesra, Sudah tiga hari saya tidak menyertai blog ini kerana berada di luar daerah. Sebenarnya saya baru balik dari mengendalikan program ‘Team-Synergy Building’ untuk Sabah Softwoods Berhad (SSB) yang diadakan di Brumas Country Side Lodge, Tawau, Sabah, milik SSB.

Seramai 28 orang perserta yang terdiri daripada staf SSB diperingkat Penolong Pengurus, Eksekutif dan Penyelia. Walaupun ada insiden semasa aktiviti outdoor, hujan turun dengan lebatnya - tidak mematahkan semangat peserta dan program berjalan lancar dari awal hingga selesai.

Berdasarkan maklumbalas bertulis dan juga lisan (yang diperolehi melalui interaksi berdepan secara langsung), para peserta mendapati program ini sesuai dan memenuhi objektif mereka yang tersudat dan ada juga yang tersirat. Saya rasa peserta kali ini lebih bertuah, kerana saya menyelitkan elemen BLP (Program Kehidupan Seimbang) secara tidak langsung.

Apa yang lebih menarik ialah sambutan, kerjasama, komitmen, dedikasi dan keikhlasan para peserta di sepanjang mengikuti program ini. Saya dan mereka sahaja yang tahu betapa seronoknya kami bersama-sama belajar dan bertukar-tukar ilmu dan pengalaman seperti dalam satu keluarga besar (One Big Family).

Saya bersyukur dan gembira dengan pengalaman bersama SSB.
Selamat Maju Jaya. SSB BOLEH!

2 comments:

saya nisa said...

Assalamualaikum Dr.,

Saya sangat teruja dengan pendekatan Dr dalam menyampaikan BLP ini..tidak seperti kebanyakan pr0gram m0tivasi lain, saya rasa BLP menekankan penglibatan 2 hala antara m0tivat0r dan yg di-m0tivate-kan..ini dpt mengelakkan audience b0ring dan hanyut dalam alam maya masing2..:)

Selain itu, kewujudan blog ini sangat memudahkan interaksi sesama kita.Mungkin boleh di 'meriahkan'kan lagi dengan warna-warna dan tools yang membawa jiwa BLP? pastinya membawa impak yang lagi b00m!:)

Dr Mile said...

Salam Nisa (Harap betulkan jika tersalah eja nama anda),

Terima kasih kerana memberikan kata-kata semangat serta cadangan dalam blog ini. Saya suka bila anda menyentuh tentang ‘memeriahkan dengan warna’. Salah satu perkara yang menjadikan bumi kita ini indah ialah warna. Kehidupan kita juga memang berwarna warni. Jika tidak, maka tawar dan jumud pula kehidupan kita. Bahkan, warna juga mempunyai daya penyembuhan yang tersendiri. Ini terkandung dalam apa yang dipanggil sebagai Colour Therapy dalam kacamata perubatan tradisional dan holistik.

Hmm..seolah-olah Niza tahu, sebenarnya memang BLP adalah ‘colourful’. Tetapi seperti yang saya ungkapkan di dalam post saya sebelum ini, BLP baru sahaja diperkenalkan dan dalam peringkat pemanasan. Perincian mengenainya belum pun bermula. Saya menjangka akan memulakannya selepas 12.12.09  Harap anda dapat hadir pada ketika itu.

Seperkara lagi yang ingin saya sentuh ialah berkenaan istilah ‘motivator’ yang anda sebut dan juga yang kebiasaannya dikaitkan oleh orang ramai kepada orang-orang seperti saya. Dalam konteks BLP, saya merasakan bahawa, peranan saya menjangkau lebih daripada hanya sebagai seorang motivator; saya sekarang lebih kepada menjadi seorang advokator, dan tidak lama lagi akan memainkan pelbagai peranan dalam memperjuangkan BLP misalnya kordinator, promoter, fasilitator, implementor dan sebagainya. Setiap peranan tersebut mempunyai objektif dan pendekatan yang unik tersendiri.

Tetapi anda tidak perlu risau, kerana saya tidak menitikberatkan gelaran dalam usaha kecil ini. Apa yang penting ialah mencari dan berinteraksi dengan orang yang berkongsi minat dan aspirasi yang sama; iaitu ingin membina kehidupan yang seimbang dan sama-sama membinanya di alam buana ini.

Terima Kasih.