Tuesday, November 3, 2009

Prebiu BLP 12.12.2009. Siapa harus hadir?

Salam hormat dan salam bahagia,

Saya bersyukur kerana hingga setakat ini, usaha saya memaskini buku BLP berjalan lancar. Saya amat berterima kasih kepada beberapa orang yang begitu setia menyokong dan sentiasa memberi peransang kepada saya untuk menghasilkan buku BLP ini, khususnya isteri saya Latipa, sdra Kudus, Puan Siti, sdra Jefry Chung, anty Jayn, sdra azhar, sdra Hj Sulaiman, puan Ezane dan juga terutama sekali kepada anda yang mengikuti dan berinteraksi dalam blog ini.

Malah saya semakin bertambah seronok dan bersemangat, kerana sambil saya menulis buku ini, saya mula merasa kesannya semakin meresap ke dalam diri saya. Tidak pernah dalam hidup saya sebelum ini, saya merasa betul-betul terlalu sibuk bekerja tetapi merasa seronok sebegini! Mungkin inilah yang pernah dikatakan oleh Lao Tze Confusius “ Find somthing you love doing, and you won’t have to work a single day in your life’! Syukurlah, dalam kesibukan yang teramat sangat ini, pemikiran, emosi, perasaan dan keadaan diri saya dalam keadaan stabil dan tenang.

Dalam masa yang sama, saya juga menghadapi pelbagai cabaran hidup, desakan kerja dan lain-lain. Namun, saya faham bahawa saya harus membuat keputusan dan membuat pilihan. Saya korbankan perkara lain dan memilih untuk mengusahakan kelahiran program & buku BLP di alam buana ini. Jika diibaratkan seorang ibu yang mengandung, status BLP sekarang seumpama menunggu hari sahaja lagi!

Menurut perhitungan calendar, dari hari ini, iaitu 3hb November 2009, hanya tinggal genap 40 hari sahaja lagi menuju 12hb Disember 2009 untuk saya membuat prebiu ulung BLP kepada dunia. Kalau hendak dikira, masa memang tidak mencukupi. Tetapi dalam kehidupan ini, saya sudah banyak kali mempelajari bahawa, ada kalanya, kita perlu bertindak terus dan tidak menunggu sesuatu itu hingga sempurna untuk mengambil tindakan ; ‘dont wait for the perfect situation’.

Kerana telah banyak kali saya menghadapi situasi yang mengecewakan kerana terlalu inginkan kesempurnaan. Akibatnya saya telah ‘overtaken by events’ atau pesaing, terlepas peluang keemasan ‘lost golden opportunities’. Akhirnya, apa yang saya hendak lakukan itu hanya tinggal dalam kepala atau komputer – malang sekali di ketika itu, saya hanya mampu bertongkat dagu melihat orang lain beraksi ‘Watch things happen’.

Kali ini saya tidak akan ulangi kesilapan itu lagi. Kali ini saya akan ‘Make things happen’! Justeru, saya nekad dan tetap beriltizam untuk menepati sasaran 12.12.09.
Selain dripada itu, semakin hari saya memperhalusi intipati dan isi kandungan buku BLP, semakin saya merasakan bahawa ia begitu bermanfaat buat diri saya dan keluarga saya. Bahkan, kerana konsep dan pendekatannya yang mudah, praktikal, universal dan efektif, ia boleh dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja di dunia ini asalkan mereka mahu berubah ke arah kebaikan. Saya memang inginkan ia mudah, kerana saya percaya bahawa di dalam kemudahan ada kehebatan (In simplicity there is greatness). Hebat tanpa stress dan kongkongan. Hebat dalam keseronokan dan hiburan. Hebat dalam kesyukuran dan kedamaian. Bukan hebat dalam tekanan!

Hasil penulisan buku BLP ini juga, saya merasa semakin lega dan bebas serta tidak terkongkong dengan kebesaran pangkat, darjat atau status sosial diri atau orang lain. Bukan kerana hilang adab menghormati protokol, tetapi kembali kepada asas iaitu kejujuran pada diri sendiri dan kebesaran kepada Pencipta yang Maha Agung. Ini kerana walau bagaimana sekalipun, semua orang yang bergelar manusia akan pandai mati dan kembali kepada kampong asal mereka di akhirat. Diketika itu, amalan membina ‘kehidupan seimbang’ amat berpotensi untuk membantu membina kedamaian abadi.

Lantaran itu, saya merasa terpanggil untuk membuat jemputan terbuka kepada umum, iaiatu sesiapa sahaja yang ingin mengetahui ‘apakah itu BLP atau inisiatif membina kehidupan seimbang yang ingin diajak oleh Dr Mile dan rakan-rakannya’.

Oleh itu saya bercadang untuk menjemput masyarakat umum, para ibu-bapa, pemimpin-pemimpin masyarakat, para Yang Berhormat (YB) tanpa mengira parti politik, ketua-ketua jabatan dan pekerja dari pelbagai sektor awam dan swasta khususnya mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam program pendidkan, pembangunan modal insan atau latihan, golongan professional dan usahawan, pelajar sekolah menengah dan IPTA/IPTS, belia yang menganggur atau bekerja, dan sesiapa sahaja jua.

Jika anda mengikuti post saya sebelum ini, tentu anda boleh mengimbas kembali tamsila yangs aya buat mengenai ‘setitik air di tengah lautan yang akhirnya boleh menjadi ombak di pantai’. Kita perlu mengajak orang lain bersama-sama membina kehidupan seimbang demi manfaat diri kita masing-masing, kerana kita hanya sub-sistem kecil di dalam system yang besar atau setitik air yang diliputi lautan luas. Sebab itulah dalam buku saya, saya meminjam istilah DIY atau ‘Do it yourself’ dan meperkenalkan istilah DIT iaitu ‘Do it together’.

Sebelum saya mengambil langkah seterusnya, saya mohon apalah kiranya saudara yang membaca post ini memberikan komen ikhlas yang membina di blog ini atau melalui emel saya di alamat ismail.puncakmaya@gmail.com

Saya dengan penuh rasa hormat dan kemesraan mengucapkan terima kasih banyak-banyak di atas kerjasama anda.

Terima Kasih.

2 comments:

Abu Naufal said...

Setuju Doc, Pemimpin2 Rakyat misalnya sangat bermanfaat untuk hadir dlm program ni....Tanpa Protokol, tanpa rasmi..just hadir demi 1 Generasi Seimbang!

Jom datang Ramai-ramai...

ah madd said...

Setuju ungkapan Dr. dan setuju juga dengan En. Abu Naufal.

Bak kata pepatah Rome tidak dibina dalam sehari.. seorang majikan tidak efisyen tanpa pekerjanya, raja tidak berkuasa tanpa rakyatnya.

Benarlah apa yang Dr. katakan we people ada pilihan dan akal-fikiran, we makes things happen. tak usaha tak akan nampak berjayanya. this is positive thinking, ke arah kejayaan.

I am eager to attend the preview, also teman-teman yang begitu teruja bersama-sama menjayakan misi Dr. Mile :)

sepatutnya panggil Dr. Smile boleh tak?? hehehehe gurau yach Dr.
sebab gelarkan DR. Smile ini, bukan saja empunya diri sering senyum manis, tapi juga membawa keceriaan pada orang yang memandang. membuatkan orang sekeliling pun ikut senyum sama.
Anyway, Dr. saya minta maaf yachh kalau pendapat saya ini, tak sesuai.

Just wondering yachh Dr. perjumpaan preview kita nanti kena buat surat kepada polis ke tidak? takut jadi macam Dr Mohd Asri (mantan mufti negeri Perlis)..
saya risau pula, sbb perkara macam ni tak logik utk berlaku, kecuali sahih yang Dr. Asri itu ... membawa ajaran sesat. Rasa mustahil juga.
Baiklah jumpa malam nanti..
Selamat sejahtera dan salam selamat buat DR sekeluarga, dan teman-team dlm BLP ini.