Wednesday, November 4, 2009

Prebiu BLP 12.12.2009 : Siapa perlu hadir.. 2

Salam hormat,

Setelah saya menulis dan menghantar post dalam blog saya semalam, saya merasa lega kerana telah dapat meluahkan apa yang saya rasakan. Kemudian selang beberapa ketika selepas itu, sekali lagi saya memasuki blog ini dan membacanya semula. Kali ini saya lebihkan penumpuan dan coba membacanya bukan dengan ‘semangat’ semata-mata, tetapi membacanya dengan ‘mata minda’ dan bukan dengan ‘mata fizikal’.

Dengan penuh sedar saya bertanya diri sendiri, apakah tindakan saya ini satu tindakan orang yang seimbang? Lantaran itu, saya merujuk kepada amalan-amalan orang yang seimbang dalam BLP. Ini membuat saya tersenyum sendiri, kerana memang terdapat garispanduan jelas dalam BLP untuk situasi sebegini (terkandung dalam BLI). Kini saya telah mengalami sendiri ‘BLP in action’! Saya merasa bersyukur.

Dalam konteks ini sebagai contoh, BLI 3.2 & BLI 3.4 mengingatkan kita supaya sentiasa menggunakan akal fikir dan tidak terlalu terbawa-bawa dengan emosi dan perasaan dalam setiap tindak tanduk kita. Kerana jika kita terlalu menurut emosi dan terburu-buru, kelak buruk padahnya. Pepatah confuscious “ A little impatience, destroys great plans’! Persoalannya ialah, bagaimanakah kita tahu bahawa apa yang kita rasakan ini adalah datangnya daripada emosi dan perasaan yang keterlaluan atau sesuatu yang benar? Dalam konteks bersaing merebut peluang (opportunities), bagaimanakah kita hendak membezakan di antara ‘lambat’ (procrastination) atau ‘gopoh’ (hast & impulsive)? Teknik ini juga terkandung dalam BLP.

BLI2.1 dan BLI 2.2 pula mengingatkan kita untuk sentiasa menjaga perhubungan dan menghormati orang dengan kasih saying mengikut sesuatu konteks itu. Dalam blog saya yang terdahulu, saya pernah berfikir untuk memperkenalkan ‘simplicity’ dalam majlis kelolaan program BLP dan memanggil semua orang sama rata dengan panggilan kekeluargaan ‘one big family’ dan mengurangkan protokol. Mungkin juga kerana pernah terlintas dalam pemikiran saya bahawa adakalanya amalan protokol agak keterlaluan di Negara kita.

Namun dalam BLP 1.4 mengingatkan kita bahawa adat protokol merupakan peraturan sesuatu Negara yang harus dihormati. Jika seseorang itu mendapat sesuatu gelaran atau pangkat dan sebagainya, kita harus sebut dan panggil dia dengan gelaran yang selayaknya. Dengan itu, bermakna kita menghormati kedaulatan Negara. Kita tidak perlu menolak jika ada rezeki nak diberikan gelaran / pangkat dan kita tidak perlu terlalu bermegah dan sombong bila mendapat gelaran / pangkat. Kita harus belajar seimbang dan sentiasa bersyukur (BLI 5.1). Ini kerana, yang mulia di antara manusia ini ialah yang lebih elok budi pekertinya sesama insan dan kepada Penciptanya.

Selain itu, akibat daripada tindakan yang terlalu gopoh, acapkali kita akan terlajak kata. Dalam konteks zaman teknologi sekarang ini, bukan setakat terlajak kata, kita harus peka agar tidak sampai ‘terlajak hantar sms’ atau ‘terlajak kirim post’ dalam internet atau alat komunikasi berteknologi tinggi. Ini boleh memberikan kesan yang bukan sedikit, ibarat pepatah lama ‘ Terlajak perahu boleh ditarik balik, terlajak kata buruk padahnya’. Dalam konteks ini, kita perlu seimbang. Gunakan akal fikiran sebelum membuka mulut berkata-kata atau menekan pita menghantar pesanan di media komunikasi.

Setelah menimbang perkara di atas dan mengambil perkiraan pendapat serta pandangan rakan-rakan, saya telah membuat keputusan untuk mengekalkan membuat jemputan terbuka. Namun dengan pendekatan yang lebih ‘personalize dan human-touch’. Kita akan jemput kaum keluarga terdekat ;‘charity begins at home’ (BLP 1.2 dan BLP 3.3). Kita juga akan mengundang ‘rakan-rakan’ atau ‘jaringan-kerja’ yang datang daripada pelbagai peringkat status sosial, profession, bangsa dan agama (BLP 5.5). Mereka ini tergolong dikalangan orang yang ada hubungan awal sebelum ini. Saya juga tidak melupakan sekiranya ada dikalangan pembaca blog yang berminat untuk hadir. Anda boleh berhubung saya terus melalui emel di alamat : ismail.puncakmaya@gmail.com

Dalam konteks BLP, saya menganggap BLP ini seperti seorang bayi yang comel dan manja. Saya akan menjaga dan mengasuhnya seperti menatang minyak yang penuh secara alami dan harmoni serta mesra dengan alam semesta ini (in harmoni with nature). Biarlah saya bermula secara kecil-kecilan. Saya percaya Stephen Covey iaitu pelopor ‘The 7 Habits of Highly Effective People’ dan ramai lagi orang di dunia ini, juga bermula kecil-kecilan dan seimbang.

Selamat maju jaya
Terima Kasih


p/s ..Kepada Saudara ah madd, Terima kasih atas kata-kata manis saudara tentang Dr Smile . Tapi panggilan Dr Mile ini telah terlalu lama dan sudah melekat dengan saya khususnya dikalangan teman-teman dan sahabat handai. Saya juga ingin bersahabat dengan anda semua, jadi kita teruskan sajalah seperti biasa.

Dan untuk pengetahuan sdra ah madd, program BLP ini adalah program pembangunan modal insan. Ia bertujuan memajukan peserta menjadi individu yang menyayangi diri, keluarga dan Negara.Saya sudah mengendali beratus-ratus program dan kursus sebelum ini kepada pelbagai sektor awam dan swasta di dalam dan luar negeri. Saya juga telah membantu jabatan dan kementerian kerajaan dalam program meningkatkan kapasiti modal insan bagi kumpulan rakyat miskin, wanita, pelajar dan lain-lain. Kita sentiasa melaksanakan aktiviti mengikut undang-undang Negara dan peraturan pihak berkuasa tempatan.

17 comments:

Laxmana said...

Salam...

Benih yang baik, tanam di darat menjadi gunung... terlontar ke laut mmenjadi pulau...

-laxmana-

Dr Mile said...

Ya benar sdra Laksmana. Namun, amat kesian bagi kita di zaman ini, seolah-olah ketandusan benih yang baik.

Memang ada, bahkan banyak, tetapi kebanyakkannya telah terdedah dengan pencemaran alam.

Justru jika kita menemui benih yang baik, harus kita ambil, peliharam, tanam dan jaga baik2 supaya ia dapat mengeluarkan lebih banyak lagi benih yang baik.

Unknown said...

Buat semua yang berkesempatan membaca,
Persoalannya, SIAPA kita untuk mengkalisifikasikan yang mana baik dan yang mana tidak? SIAPA kita? Beberapa ketika mengikuti perkembangan laman ini, semakin hari semakin banyak yang menjadi persoalan. Setuju atas beberapa perkara, tapi sering pula ter-kontra oleh pandangan setentang.

Khas untuk Dr,
Agak bahaya bila terlalu bermain di wilayah selamat.

Maaf kalau "tinggalan jejak" ini sangat tidak diundang. Terima kasih.

Dr Mile said...

Terima Kasih atas komentar Saudara Sang. Itu adalah pendapat saudara. Semua orang berhak memberi pandangan masing-masing. Terpulanglah kepada orang lain untuk menilainya. Saya menghargainya.

Anonymous said...

Salam Dr.Mile,

Semakin saya mengikuti prebiu BLP ni, semakin eager pula untuk mengetahui secara lebih details & tidak sabar pula dibuatnya.

Sesuatu yang baik harus dikongsi bersama agar boleh dijadikan guideline dalam kehidupan seharian kita. Demikian juga peluang untuk menimba ilmu yang membawa manafaat, jangan dilepaskan.

Saya cuma nak dapatkan confirmation tentang tarikh 12.12.09 tu..bukan apa, mau arrange schedule.

- ezane

Journey said...

Salam..

Sebentar tadi aku baru memasukan beberapa pandangan yang aku rasa baik untuk dikongsikan bersama2 kawan2 dalam blog ini.

Tapi malang sekali aku tidak save ketika ada beberapa halangan semasa sign in dalam google buat pertama kali.

Jadi komennya terpaksa ditangguh dulu kerana ilham dah terlepas tadi.

Jangan marah saudara.

Tahniah Dr. Mile!

Dr Mile said...

Ezane, saya kagum dengan semangat anda untuk belajar dan berkongsi ilmu pengetahuan. Saya memang beriltizam untuk mengadakan prebiu BLP seperti dijanjikan. Hingga setakat ini, program itu memang ‘confirm’ di adakan di Kota Kinabalu pada 12.12.09. Aturcara dan pengisiannya telah di susun. Ringkas sahaja; hanya 2 jam, iaitu dari jam 10.00 pagi – 12.00 Tengahari. Pendaftaran dibuka pada jam 9 pagi.

Untuk anda dan mereka yang mengikuti laman ini, pendaftaran adalah percuma. Anda juga diberi keistimewaan untuk membawa siapa-sahaja untuk bersama-sama hadir ke prebiu BLP tersebut. Sila emailkan kepada saya nama anda dan tetamu anda (jika ada) melalui ismail.puncakmaya@gmail.com seberapa cepat yang boleh untuk urusan pentadbiran. Saya akan akuierima email anda dan akan memaklumkan tempatnya. Jemput datang ya.

Terima Kasih atas sokongan ikhlas anda Ezane.

Dr Mile said...

Salam saudara Journey,

Terima kasih kerana sudi berusaha memasukan beberapa pandangan yang anda rasa baik untuk dikongsikan bersama kita semua dalam blog ini.
Walaupun ianya tidak dapat di ‘post’, disebabkan perkara teknikal yang diluar jangka, saya percaya usaha saudara itu telah menghasilkan satu titik getaran (vibration) perhubungan (connection) dengan kita semua di alam ini.

Seperti yang pernah saya muatkan di awal dalam blog ini, saya sentiasa berpendapat bahawa; tiada sesuatu yang terjadi atau berlaku di dunia ini secara kebetulan (nothing in this world happen by coincidence). Segala-galanya mempunya maksud dan pengertian / tujuan yang tersurat mahupun tersirat dengan sendirinya. (Everything has reasons and meanings to it). Justru, tentu ada hikmah di sebalik kejadian ‘pandangan’ yang tidak ‘tersave’ itu.

Mudah-mudahan ilham itu segar kembali agar saudara boleh kongsikan di post yang akan datang dalam masa yang terdekat.

Tahniah juga untuk saudara yang baru pertama kali sign-in di google kali ini dan terima kasih kerana sudi menjalin silatulrahim dalam blog ini.

Semoga sukses selalu dan salam hormat.

siti said...

Salam...Alhamdulilah..bersyukur ke hadrat Ilahi di atas usaha dan keyakinan yg jitu Dr Mile utk mengajak segenap lapisan masyarakat bersama2 berkongsi ilmu kearah mencapai kesimbangan diri yg mampu memandu manusia melepasi semua halangan demi kecemerlangan. Insya Allah .Semua ini memerlukan bimbingan, tanpa bimbingan ilmu yg mencukupi ramai hanya terikut-ikut melakukannya tanpa faham kaedah serta maksud yg tersirat d dlmmya..apa yang saya lihat dan amati usaha murni ini mampu mencipta kebahagiaan dlm diri manusia..Hidup adalah peluang kita menikmati semua yang Allah sediakan untuk kita…hanya manusia perlu berusaha mencari..mempelajari apa yg kita kehendaki..

..siti..

Arty said...

all the best.

Dr Mile said...

Salam Siti,

Benar kata siti, hidup di alam dunia ini hanya sekali dan kita harus menggunakan hayat yang ada ini untuk mempersiapkan diri bagi kehidupan di alam seterusnya disamping menikmati apa juga yang tuhan telah sediakan untuk kita - kehidupan ini pada hakikatnya merupakan satu pengembaran (journey) dan bukannya destinasi.

Lantaran itu, kita yang bernama insan ini memerlukan satu sama lain untuk saling ingat memperingati, tolong menolong dan lengkap melengkapi. Seperti yang Siti ungkapkan, manusia perlu membimbing satu sama lain. Ini kerana tidak ada sesiapa yang sempurna (Nobody is perfect).

Walau bagaimanapun, usaha murni berpesan-pesan atau ingat memperingati tersebuti haruslah dilakukan dengan seimbang iaitu bukan hanya mengingatkan orang lain tetapi gagal atau lupa mengingatkan diri kita sendiri.

Kita harus menggunakan mata zahir dan batin ini untuk memandang ke dalam diri sanubari kita dengan ikhlas dan ‘jujur pada diri sendiri’. Sebab amat mudah untuk kita tergelincir dan memandang keburukan orang lain. Bagaimanakah kaedah mengingatkan diri sendiri? Tentu sekali ada berbagai macam kaedah. Dalam BLP kita juga ada teknik ‘customized self-evaluation’ yang tersendiri.

Saya mohon sudi apalah kiranya Siti turut medoakan agar inisiatif kita ini diberi bimbingan dan petunjuk ihsan daripada tuhan yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Terima Kasih.

Dr Mile said...

TQ Anty Jayn, wishing you all the best too. BTW, I have something substantial to post regarding your initiatives in compiling those 'puisi'. Check it out in my comming post k. Thanx

Arty said...

Is it so? well..ok L.

Pantun of the day:
Hendak belayar ke Teluk Bahang,
Sambil mencuba labuhkan pukat;
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.

Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.
Semoga tip-top program itu nanti.

Laxmana said...

Salam...

To Aunty Jayn :
Cuba sambung pantun ni...

Tanam pinang lah rapat-rapat
Supaya senang Puyuh berlari
............................
...........................

To Dr Mile :
Maaf, sekadar selingan...

:)

ah madd said...

Hey Laxmana .. harharhar boleh tak saya cuba kasi jawapan pantun nya itu

Gini laa aaa..
Tanam pinang lah rapat-rapat
Supaya senang Puyuh berlari
............................
...........................
Tanam ilmu sampai dapat,
supaya menang kemudian hari..

amcam buley ka?
Apa khabar Dr dan teman teman sekalian.. macam dah hampir seminggu tak ada berita dari saya.
maafkan saya.

Arty said...
This comment has been removed by the author.
ah madd said...

Salam semuanya..
Ya la Jayn.. patutlah saya macam pernah dengar pantun tu.. tapi pusing bolak balik tidak dapat ingat².. memang gitulah jawapannya kan Laxmana?? apa khabar semua?? harapnya semuanya C-hat ja'

ada lagik pantunnya?? seronok juga Laxmana ingatkan kita semua pantun² lama.
Salam sejahtera dan salam selamat kepada Dr. dan teman² Puncakmaya .