Friday, November 13, 2009

Alam Bersahabat Dengan Kita

Salam hormat.

Maaf kerana lambat memberikan maklumbalas terhadap komen saudara semua dalam blog ini. Kebelakangan ini, masa saya banyak tertumpu kepada beberapa aktiviti yang memerlukan tindakan segera yang harus saya ladeni mengikut tertib keutamaan. Salah satu syarikat saya sedang terlibat dengan Borneo International Trade Fair (BITF) di Kota Kinabalu Sabah bermula 13 November - 16 November 2009.

Terusterang saya akui, semenjak saya membuat keputusan untuk berusaha membina kehidupan yang seimbang serta berniat untuk untuk membawa BLP (Program Hidup Seimbang) kepada manusia sejagat, nampaknya alam ini (the universe) semakin mesra bersahabat dengan saya. Pelbagai pintu peluang memajukan diri (development opportunities) dibentangnya luas-luas. Menurut kajian saya setakat ini, saya hampir pasti bahawa sesiapa sahaja yang meniti di atas kehidupan yang seimbang akan mengalami keadaan seumpama ini. Saya hanya memerlukan bukti empirikal untuk mengesahkan penemuan ini.

Saya tidak tahu bagaimana pengalaman anda. Mungkin anda juga boleh kongsikan dalam blog ini untuk manfaat bersama. Tetapi dalam perjalanan hidup saya, peluang-peluang sedemikian selalunya datang melalui pelbagai cara dan banyak kali, dibalut dengan pelbagai macam cabaran dan ujian.Kata orang, bukan senang nak jadi senang!

Apa yang penting ialah, kita harus boleh mengenal isyarat yang diberikan oleh alam, menterjemahkannya dengan khawas, dan mengambil tindakan yang sesuai agar terus hidup dengan harmoni dengan arus system alam.

Sebaliknya, jika mahu, kita juga boleh melihat semua ujian dan cabaran ini melalui perspektif lain dan menganggapnya sebagai masalah yang menghambat atau menjejaskan pencapaian objektif hidup kita.

Tapi saya telah membuat keputusan muktamad pada diri saya, dan membuat pilihan secara ikhlas untuk ‘memandang-baik’ semua kejadian, cabaran dan ujian ini dengan yakin.

Saya bersyukur kerana pengalaman hidup yang saya lalui selama ini, telah mendewasakan saya agar tidak terlalu gopoh dan tidak terlebih yakin (over-confident) tatakala menghadapi sesuatu masalah mahupun peluang. Saya sudah merasa akibat daripada ketidaksabaran itu. Sebenarnya kita perlu sabar, bukan hanya diwaktu menghadapi kesusahan, kekalahan dan masalah. Kita juga perlu sabar dikala menghadapi kesenangan, kemenangan dan peluang.

Justeru itu, dalam situasi ini, saya mengagahkan diri untuk terus bertenang sambil bekerja keras dan kuat walau dalam apapun keadaan. Lebih-lebih lagi apabila melihat kepada senario yang ada sekarang, firasat saya merasakan, mungkin inilah titik-pusingan kehidupan (life-turning-point) yang saya nanti-nantikan selama ini, setelah bersusah-payah menanam dan memeliharanya (plant & nurture) dalam minda saya sekian lama. Peluang untuk maju kehadapan, bertali arus mengalir ke arah saya. Dalam pada saya mengharungi hari demi hari dengan penuh semangat dan keyakinan, saya merasakan bahalawa kali ini saya betul-betul dicabar oleh alam melalui keadaan-keadaan yang berbeza. Saya akui bahawa pada masa seperti beginilah, apa juga sedikit ilmu di dada dan di kepala, serta pengalaman yang pernah ditimba, amat berguna dan perlu diparktikkan.

Sama-samalah kita mendoakan, supaya kita semua yang menghadapi keadaan seperti ini agar terpelihara daripada bencana yang tidak sepatutnya dan berhasil dengan kebaikan. Ini kerana, dalam kehidupan ini, bukan sedikit kali saya terpedaya, hampir tewas dan pernah tewas dengan godaan yang bermacam ragam. Namun tuhan memang Maha mengasihani hambaNya.

Selain itu, mungkin juga kerana dahulu saya dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang menitikberatkan nilai murni (values), khususnya dikalangan datuk nenek yang sudah tiada lagi di alam dunia ini, sedikit sebanyak telah membentuk diri saya. Tetapi, entah bagaimanalah pula nasib anak, cucu dan generasi akan datang kita. Nilai-nilai yang pernah dipupuk oleh datuk nenek kita dulu telah banyak terhakis dek zaman. Kita yang bergelar ibubapa atau orang tua di zaman ini sudah tidak se’amaliah’ orang dulu. Kepimpinan melalui taulandan pun sukar dicari sekarang.

Dalam konteks ini, BLP benar-benar telah memainkan peranan dalam kehidupan saya untuk menghadapi situasi yang kalau boleh saya pinjam terus bahasa Inggeris, iaitu ‘exciting, thrilling, dynamic, teething and promising’ini! Semakin hari saya semakin sedar, rupa-rupanya dalam kesimbangan itulah kunci dan rahsia kejayaan. Kali ini, saya mengalami dan melihat sendiri bukti-bukti nyata dalam kehidupan ini yang dengan sendiri menjelaskan maksudnya. Seolah-olah alam ini menjerit dengan gembira dan menyatakan..."Dr Mile teruskan apa yang anda lakukan, memang dalam kesimbangan ada kejayaan". :-)

Saya ada kompilasi ‘success-stories’ peribadi, teman-teman serta orang lain. Saya akan kongsikan natijah daripada perkara ini dalam buku BLP kelak.

Selamat maju jaya.
Terima Kasih

p/s anty Jayn.
I really appreciate your initiatives in compiling the puisi. I want to make it known here that I will include some of your 'selected' puisi compilation in my Book and acknowledge your goodself there. I will communicate to u more in person regarding the technicallity on this. Thanx

6 comments:

Dr Mile said...

I would like to convey my heartfelt thanx to Azeane for the confirmation (through my email) that you and beloved hubby will be attending the BLP Prebiu Ulung.

Thanx and all the best to your family.

Arty said...

Noted. Thank you. Anty wish you all the best.

siti said...

"Life is keep on challenging and overcoming difficulties"
Best of Luck!
Wish u all the best in ur life & carrier..May God bless u.
I will pray 4 ur success..

Abu Naufal said...

Tahniah ! Alam memang sahabat paling setia.

Dr Mile said...

Terima Kasih Anty Jayn, Siti dan Abu Naufal. Semoga kita semua beroleh kejayaan.

Anonymous said...

Salam Dr Mile

Saya setuju dengan pendapat Dr.mile perkara yang terjadi dalam kehidupan kita telah mengajar dan mendewasakan kita. Saya ingin berkongsi dengan kawan kawan perjalanan kehidupan ini Saya berkahwin di umur yg muda di zaman saya tidak ke universiti tamat MCE pada masa itu Malaysian Education Certificate sekolah english medium kami mempunyai adik beradik yang ramai seramai 11 orang dan ibu bapa memelihara lagi anak2 yatim arwah abang nya seramai 4 orang lagi dan bapa saya sahaja yang berkerja menanggung kami sekeluarga . Ibu membantu dengan berniaga goreng pisang dan kueh2 di depan lorong rumah.

Kami sekeluarga terpaksa membantu ibu membuat kueh2 dan kerja kerja rumah yang masing2 ada tugas nya.

Kami mempunyai keluarga yang bahagia dan tidak pernah merasa kekurangan selalu puas dan cukup makan walau tidak makan ayam setiap hari tetapi ibu pandai menjadikan sayur kampung dan ikan kering jadi makanan yang lazat itu yang saya ingat .

Tetapi di zaman serba mewah sekarang ini saya dapati amat susah untuk membesarkan anak2 walau pun tidak seramai yang ibu bapa saya besarkan di kala dahulu,Saya mempunyai anak seramai empat orang dan nasib saya telah berubah setelah saya kehilangan arwah suami saya ,memang susah nak besarkan anak anak yang sudah biasa senang menjadi susah bak kata perpatah Biar susah dahulu kemudian senang tetapi jangan senang dan kemudian susah amat payah untuk kita hadapi keaadaan ini .

Tetapi hidup kita ini penuh dengan kejutan dan tidak bole kita ranchang jika kita rancang yang baik tetapi yang tak di rancang yang datang .

Dari itu kita terpaksa menghadapi keaadaan yang di tentukan dengan sebaik mungkin menggunaka minda kita apa yang kita mahu dan jadi kan.

Kita juga yang menerajuai hidup kita dengan bantuan berpegang pada ajaran ugama juga yang akan membawa kita di dalam landasan yang betul .