INTRO IN MYBLP FB
02-JAN-2023
SALAM PERKENALAN
Hai, Salam mesra. Nama saya Dr. Mile.
Saya adalah pengasas, penggubal, pengarang, mentor dan principal trainer Amalan Hidup Seimbang (My Balance Living Program) yang juga dikenali sebagai MyBLP. MyBLP digubal khas untuk mereka yang mencari kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupan yang seimbang iaitu membina kehidupan secara harmoni dengan alam semesta dan bukan sekadar mencari pendapatan untuk hidup.
MyBLP adalah hasil perjalanan hidup saya dalam mencari kebahagiaan dalam kehidupan yang seimbang. Pada awalnya, ia bermula hanya sebagai perjuangan peribadi di zaman muda saya, sehinggalah saya mendapat tahu bahawa ramai orang lain juga mencari formula untuk kehidupan yang seimbang. Barulah saya mula menggubal program MyBLP secara holistik dan bersepadu serta berkongsi tentangnya kepada dunia luar apabila saya mencapai usia 60 tahun pada tahun 2022 melalui penerbitan buku MyBLP yang sulung.
Intipati MyBLP terdiri daripada lapan (8) amalan hidup seimbang berdasarkan prinsip, konsep dan falsafah sejagat yang mudah diamalkan oleh semua umat manusia tanpa mengira status sosial, jantina, bangsa, agama dan negara.
Melalui MyBLP saya beriltizam untuk membantu Insan dan komuniti dalam membina kehidupan Seimbang mereka secara sukarela. Tiada paksaan. Jika anda inginkan kehidupan yang seimbang, mari sertai saya dalam perjalanan Pembelajaran Sepanjang Hayat ini dan nikmati kebaikan sejagat dalam kehidupan yang seimbang.
Salam Maju Jaya Dalam Keseimbangan.
ENGLISH TRANSLATION
Hi, Greetings, My name is Dr. Mile.
I am the founder, designer, author, and principal trainer of My Balance Living Program also known as MyBLP. MyBLP is a program that I specially designed for those who seek greatness & happiness in a balanced life i.e. Make a life in harmony with the universe and not just to make a living.
MyBLP is the result of my lifetime journey in pursuit of greatness in a balance life. It first started as a personal struggle during my youth, until I found out that many others are also seeking the formula for a balance life. That’s when I started to design a holistic integrated MyBLP program and thereafter share it to the rest of the world when I reached 60 years old in 2022 through the Maiden publication of MyBLP books.
The essence of MyBLP consists of eight (8) balance living practices based on universal principles, concepts and philosophies which can be easily practiced by all mankind regardless of social status, gender, race, religion and country.
Through MyBLP, I humbly envisioned to assist people and community who volunteer to endure a Balanced Life. No compulsion at all. If you desire to live in balance, come join me in this Life Long Learning journey and enjoy the universal virtues of happiness in a balanced life.
WISHING YOU SUCCESS & HAPPINESS IN BALANCE
Dr.Mile
02JAN2023
1 comment:
Congratulations for the sharing Dr.. Towards better life journey 2023 inshaallah
Post a Comment