Sunday, January 1, 2023

FaceBook MyBLP (010123)




1. Alhamdulillah syukur, hari ini laman FB MyBLP diwujudkan buat pertama kalinya. Hari ini juga bertepatan dengan hari ulang tahun saya yang ke 61.

 

2. Setelah 61 tahun hidup di dunia melalui berbagai macam tribulasi kehidupan, pahit-manis, suka-duka, hitam-putih, tangis-tawa, jatuh-bangun dan segala macam cacamaraba kehidupan, saya yakin bahawa saya telah menemui solusi & formula dalam membina kehidupan impian yang boleh diamalkan dan dipusakakan kepada anak-cucu generasi mendatang. 


3. Namun, tidak bermakna bahawa solusi itu adalah muktamad, kerana hidup ini adalah dinamik, ibarat "Pembelajaran Sepanjang Hayat". Selagi hayat dikandung badan pasti akan ada saja pembelajaran yang basal kita tempuhi. Apa lagi, dengan qudrat Iradat Allah Tuhan Semesta alam, seitap insan mempunyai liku-liku perjalanan kehidupan masing-masing yang Indah dan semuanya ada dalam pengetahuan Allah swt jua.


4. Adapun solusi yang saya maksudkan di atas ialah asas kehidupan. Saya percaya bahawa  semua insan harus kembali kepada asas (Back to basic) barulah ia mennemui maksud hidupnya yang sebenar. Kehidupan ini bukan destinasi - ia adalah statu perjalanan (Journey) menuju destinasi abadi di harı akhirat.


5. InsyaAllah, nanti saya akan kongsikan huraian dengan lebih terperinci samada dalam Blog & FB MyBLP mahupun semasa pertemuan bersemuka kita dalam program-program MyBLP.

 

6. Syukur sangat-sangat kepada Allah Tuhan semesta Alam dan terima kasih kepada semua insan yang pernah meninggalkan bekas ke dalam kehidupan saya, tak kiralah samada dalam keadaan yang positif mahupun negative. Bagi saya, semua itu telah 'tertulis' dan tiada yang saya sesalkan, melainkan dibuat sempadan dan pedoman untuk melangkah kehadapan menjalani saki baki hanyat yang entah berapa lama lagi ini.

 

Salam ampun maaf dan terima kasih semua.

 

Dr.Mile

02Januari2023

 


No comments: