Sunday, January 3, 2010

Salam 2010 : Intipati BLP Kini Menyusul.

Salam Hormat dan Salam Tahun Baru 2010.

Harapan dan doa saya - semoga kita semua dapat maju setapak demi setapak, jika tidak berupaya melakukan lonjakan, untuk membina kehidupan yang seimbang. Semoga segala impian, hasrat, cita-cita dan angan-angan kita akan menjadi realiti untuk dikecapi Rahmat, Hikmat dan Nikmatnya.

Saya bersyukur kerana pada penghujung 2009, saya telah dipertemukan dengan saudara-saudara yang telah bersedia untuk menerbitkan buku BLP serta berganding bahu menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya.

Sehubungan dengan itu, saya akan mula mengisi blog ini dengan bahan-bahan yang lebih mengandungi intipati BLP. Tentunya ini akan ada perbezaan dengan sebelum ini yang lebih bersifat perbincangan umum dan sekadar pemanasan sahaja.

Justeru, bermula 8hb Januari 2010, blog ini akan menjadi terhad. Ini bermakna, ia hanya akan terbuka kepada mereka yang menjadi ahli atau pengikut blog ini (members / followers)sahaja, sebagai penghargaan kepada minat yang telah mereka berikan dan tunjukkan selama ini.

Oleh yang demikian, saya memerlukan alamat emel anda untuk diaftarkan secara tepat. Kepada mereka yang masih berminat untuk mengikuti blog ini, sila hantarkan post atau komen yang mengandungi alamat emel anda sebelum atau pada 8hb Januari 2010.

Sekian dan semoga sentiasa maju jaya.

Salam Hormat
Dr Mile

4 comments:

Bunga Negara said...

Hidup perlu diteruskan - selamat berjaya dalam apa juga yang diusahakan - Salam

Dr Mile said...

Terima Kasih. semoga kita semua berjaya dalam apa juga yang kita usahakan - salam

suhaidi said...

Assalamualaikum..
Harapan semoga sihat sejahtera dan mendapat rahmat dariNya.Saya sangat tertarik bila membaca seluruh teks dalam blog ini yang membincangkan berkaitan kehidupan kita.Memang manusia terlalu sedikit diberikan "kuasa dalam membuat keputusan" apapun gerak hati adalah feng shui yang ada pada setiap manusia tinggal saja mcm mana mau guna.
http://kudeed.tblog.com/

Dr Mile said...

Salam saudara Suhaidi, Terima Kasih atas komen anda. Teruskan berkongsi pedapat semoga bermanfaat bagi pembaca.