Wednesday, December 23, 2009

Membuat keputusan & Takdir

Terima Kasih saudara ah madd dan anonymous. Komen anda dalam Post saya yang lalu berjodol 'Membuat keputusan' membawa perhatian kita kepada sesuatu yang seringkali terjadi dalam kehidupan manusia, iaitu takdir - ataupun suatu ketentuan ilahi yang hanya tuhan sahaja yang maha mengetahui tentangnya. Takdir datangnya keapada kita dalam berbagai bentuk, samada yang menggembirakan mahupun yang mendukacitakan.

Meskipun demikian, adalah lumrah bagi manusia untuk mengaitkan takdir dengan perkara yang tidak diingini berlaku. Dalam konteks ini, selalunya takdir dikaitkan dengan sesuatu yang bukan pilihan yang harus terpaksa diterima dengan pasrah. Dengan itu, persoalan takdir menjadi sesuatu yang mungkin mudah diperkatakan tapi pada hakikatnya sukar diterima, lebih-lebih lagi kepada orang yang baru sahaja menghadapinya. Mungkin sebab itulah timbulnya pepatah ‘berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’.

Malah ada kelompok manusia yang mengambil jalan mudah dengan memberikan jawapan ringkas kepada sesuatu kejadian dalam hidup mereka, lebih-lebih lagi yang mereka tidak suka, sebagai takdir. Dalam keadaan itu, perkataan takdir menjadi azimat besar khususnya bagi memujuk / merawat hati mereka lantaran kejadian yang tidak mereka ingini. Ada juga segelintir yang menggunakan istilah takdir sebagai alasan untuk menjadi malas. Apapun, terpulanglah kepada perspektif mana kita melihatnya dalam mengaitkannya dengan kehidupan masing-masing.

Dalam konteks BLP saya melihat takdir dari perspektif kehidupan dan juga fasa kejadian sesuatu yang kita anggap sebagai takdir itu - iaitu sebelum kejadian, semasa kejadian dan selepas kejadian.

Sebagai seorang yang praktikal dalam menjalani kehidupan, saya ingin memberi tumpuan kepada ‘The How’ iaitu bagaimana kita menghadapi situasi ketika berlakunya sesuatu yang kita anggap sebagai takdir dalam kehidupan kita. Ini bermakna ketika (semasa) dan juga selepas berlakunya kejadian tersebut sesuai dengan komentar saudara ‘anonymous’. (Penerangan terperinci mengenai kenapa dan punca berlakunya kejadian tersebut (The Why) serta teknik-teknik khusus menghadapinya, saudara boleh dapati dalam buku saya yang akan diterbitkan tidak lama lagi).

Bagaimana seseorang menghadapi situasi tersebut dan apa juga keputusan yang dibuatnya pada ketika dan selepas ia berlaku akan mempengaruhi kualiti kehidupan dirinya pada ketika itu dan lebih-lebih lagi dimasa hadapan.

Berikut saya gariskan beberapa tips untuk memperingatkan diri saya sendiri dan sebagai tambahan peringatan kepada pembaca. Barangkali perkara-perkara yang saya gariskan dibawah ini sedikit sebanyak boleh membantu kita dalam membuat keputusan ketika menghadapi sesuatu kejadian mahupun sesuatu yang adakalanya dianggap takdir;

#1. Menerima hakikat kejadian sambil ‘berbaik sangka dengan alam’ bahawa perkara itu telah berlaku dan pasti ada hikmah disebaliknya. Bagi orang yang kuat imannya, mereka akan terus sembahyang dan mengadu dengan tuhan mereka.

#2. Melepaskan perasaan kecewa kita sebagai insan yang bernama manusia yang mempunyai naluri emosi -misalnya menangislah jika perlu, cuma jangan menangis terlalu lama hingga hilang pertimbangan dan lalai daripada membuat tindakan. ‘Quickly Bounced-back’!

#3. Dalam pada itu, sedapat mungkin kawal emosi dengan fikiran jika mampu supaya tindakan melepaskan perasaan itu tidak keterlaluan hingga boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan diri dan orang lain. (mislanya bertindak agresif, memandu laju, mabuk dan sebagainya)

#4. Mencari seseorang sahabat tempat mengadu. Namun pastikan orang itu adalah pilihan yang sesuai, jika tidak, boleh mengundang masalah lain yang akan lebih mengaibkan diri sendiri atau orang yang ada kaitan dengan kejadian yang dialami. Dalam hal ini, elakkan daripada membebel-bebel dan membuka pekong didada kerana ramai orang terseliuh bukan kerana kakinya tetapi kerana lidahnya.

#5. Mengawal diri daripada melayan persoalan ‘sepatutnya’. Ini kerana perkara itu telahpun berlaku dan melayan persoalan ‘ini tidak sepatutnya berlaku kepada saya’ tidak akan menyelesaikan apa-apa dan hanya akan menambahkan stress yang bakal mengundang trajedi lebih besar.

#6. Mengambil tindakan untuk membuat pembetulan (Corrective) dan pencegahan (Preventive) yang sewajarnya mengikut kompleksiti dan kejadian yang berlaku. Pastikan tindakan-tindakan tersebut adalah berkesan.

#7. Membuat tindakan susulan (follow through) sampai kepenghujung untuk mencapai objektif tindakan pembetulan dan pencegahan tadi.

#8. Sentiasa berdoa dan berperasangka baik dengan alam.

Terima kasih saudara Ah Madd dan Anonymous di atas peringatan yang diberikan. Jika saudara pembaca mempunyai 'tips' lain yang boleh dikongsikan bersama, amatlah saya alu-alukan. Kita sama-sama belajar dalam pengembaraan mengharungi kehidupan yang indah ini.

Sehubungan dengan itu, persoalan ini juga membuat saya terfikir tentang kata orang tua-tua dahulu..”Ikutkan hati - mati, ikutkan rasa – binasa”. Jadi kita nak ikutkan apa .....?

Salam Tahun Baru

8 comments:

ah madd said...

Assalamu'alaikum Dr. Mile, tuan Kudus dan teman-teman dalam BLP ini,
Minggu Ahad lepas 27hb Disember, 2009.. berlangsunglah satu upacara persandingan sepasang pengantin baru, meriah sekali dihadiri teman-teman dan saudara-mara jauh dekat, jiran-jiran datang membantu sambil bersembang tangan tak berhenti melakukan kerja.. dalam sembang² ada pula saudara pengantin lelaki ini buka cerita panas.. biasalah dugaan pengantin muda, pastinya dalam perhubungan bercinta dan bertunang banyak perkara belum lagi habus kita kenal pasangan masing². timbul kisah pengantin dah ucapkan cerai masa bergaduh dengan pasangan wanitanya. (sedangkan ada juga yang berkahwin bertahun-tahun pun ada juga yang tak faham lagi pasangan masing²).. majlis yang diadakan pada hari Ahad, pengantin lelaki dan wanitanya masih di KK, majlis dibuat di kampung ibu pengantin. sudahlah begitu ayah pengantin lelaki juga begitu banyak alasan, hampir saja tak sudi datang majlis di kampung. Riuh juga, ibu pengantin dah mula tak tentu arah. kasihan juga.. dahlah semua dana ditanggung oleh ibu, sbb anak sulungnya ini masih muda (baru berusia 19 tahun, bride nya 20 tahun).. belum ada kerja tetap, tapi desakan cinta .. anak lelaki ini desak ibunya kahwinkan dia dengan wanita plihan hatinya sendiri. Entahlah mulut² jahat hatta saudara-mara sendiri, ada yang mengata pengantin belum nikah tapi sudah kahwin.. hmmm..

bersambung ...

ah madd said...

sambungan -- part 2

(( teringat masa saya sendiri waktu bertunang dulu, ada sahaja fitnah melanda, dikatakan saya bukan Islam lah, dikatakan saya ini dah menebuk anak dara oranglah, dikatakan saya ini sudah berasmara dengan bakal isteri saya inilah, ada juga mengatakan saya sudah beristeri.. dan bakal isteri saya itu isteri kedua.. hmmm.. padahal satu pun tak benar.
saya masih bujang sebelum menikah, saya tak pernah merosakkan anak dara orang, saya tak pernah melakukan apapa yang terlarang.. saya sangat menjaga tatasusila hubungan saya dengan tunang. setelah berkahwin pula, kami belum mendapat berita baik.. masa itu, ramai juga yang mengusik dan menggemuruhkan hati bila mereka bertanya kenapa belum ada baby.. hanya setelah enam bulan setelah bernikah barulah ada berita isteri berbadan dua.. kandungan sudah 6minggu. Syukurlah, sebab kalaulah kami berdua sudah berasmara sebelum kahwin, takkanlah dalam masa 5-6 bulan baru ada berita baik ini. Setelah ada berita itu terkunci sudah semua kata-kata nista saudara-mara.. kalau difikirkan balik, kenapa urusan baik begini sering saja tercemar dan rosak kerana mulut orang. kenapa harus mengata yag bukan² sedangkan urusan pernikahan adalah perkara baik.))

berbalik pada cerita pengantin 27hb ini..
pada Ahad tempohari, pengantin lelaki dan wanitanya sampai juga pada jam 10am, ayah pengantin lelaki pun sampai juga jam 11am, bayangkanlah bapa pengantin boleh buat begitu.. puas dipujuk untuk hadir majlis anak kandung sulung sendiri.. pendapat saya, hubungan bapa pengantin dengan bapa isterinya (mertua lelaki) rasanya tidak rapat dan jarang berkomunikasi. itu sebab dia mungkin malu, mungkin rasa tak perlu untuk hadir di rumah mertuanya.
tapi majlis persandingan semuanya berjalan lancar dan meriah dihadiri saudara-mara adik beradik ipar-duai, teman².. kita doakan agar pengantin lelaki wanita bersama susah senang, sakit sihat, miskin kaya.. biarpun masih muda, kita doakan mereka menempuh hari hari yang ceria disulami cinta sejati.

Moral cerita kali ini.
1) berbaik-baiklah dengan adik beradik, ipar-duai, ibubapa kandung dan ibubapa mertua, jiran tetangga.
2) hentikanlah mengata-ngata, fitnah, dusta pada mereka yang mula mendirikan rumahtangga. janganlah kita bebani mereka dengan fitnah hingga memporak-perandakan hubungan mereka.
3) Tujuan majlis persandingan bukan untuk datang makan saja, saya rasa majlis begini diraikan untuk kita eratkan lagi hubungan sanak-saudara, teman² selain mendoakan umat Islam kita percaya institusi perkahwinan, percaya perkahwinan menghalalkan hubungan, menjauhkan maksiat, percaya urusan persatuan dalam perkahwinan mengeratkan sesama insan samada pasangan dan keluarga masing-masing.


kalau ada titipan, silalah beri pandangan anda, sebab saya rasa masih banyak moral cerita ini yang saya rasa boleh kita kongsi bersama..


Salam buat Dr. Mile, tuan Kudus, teman² BLP sini. Saya doakan anda semua dipanjangkan usia, diterima doa dan sholatnya, dikabulkan doa dan hajat²nya, dipermudah diperluaskan dipercepatkan rezeki kita. kita doakan juga mereka yang sah menjadi suami-isteri baru dan lama agar ceria dan sentiasa cinta dalam lingkungan bahagia selalu.
salam dan doa dari jefri

ah madd said...

Assalamu'alaikum kepada Dr.Mile, tuan Kudus dan teman² BLP sekalian,

DAlam majlis persandingan yang saya ceritakan tadi.. tertinggal satu cerita.. begini
Sedang makan khenduri itu, tengah² enak menjamu, tiba² saya terjumpa seekor lipas kecil dalam makanan, Aduss!! dalam ramai² yang hadir, saya seorang saja kah yang kena?? tak marah pada sesiapa .. tapi haruskah saya bagitahu orang lain atau host majlis? saya ambil keputusan untuk berdiam diri, tapi adakah tindakan saya betul? mana tahu orang lain jatuh sakit kerana saya tidak bilang siapa-siapa. kalau beritahu kepada tuan rumah, makanan itu dbuangkah? rasa sayang tapi kalau dibiarkan, bagaimana??

saya ingin dengar pendapat anda, harus perbuat apa kalau alami kejadian begini..
salam dari jefri.

Keeaida said...

Membuat keputusan untuk tidak membuat keputusan .. is that considered as membuat keputusan ?? .. =.= .. he..he..

Anyway .. good blog. This blog have push me untuk membuat keputusan dan memaksa diri untuk menerima tugasan2 yang rasa2nya macam makin lama makin berat .. ha..ha.. ha..

ah madd said...

Dear Keeaida,
Saya berpendapat " membuat keputusan untuk tidak membuat keputusan" juga satu "keputusan".. rasa kelakar juga kedengarannya, kan? thank you for responding..
anda harusnya bersyukur kerana ada tugas, ada tanggungjawab dan yang penting saya rasa anda berkebolehan dan diberi peluang untuk menyelesaikan tugasan anda. bermakna ada orang mengakui kebolehan anda menggapai tanggungjawab tugasan anda. Bukan semua orang dapat peluang seperti anda, untuk itu, anda harus bersedia dan melakukan tugasan itu dengan rasa ikhlas dan seronok.
Bagi anda mungkin terbeban, tapi bagi saya yang tidak bekerjaya tetap ini, itu satu kesyukuran. anda harusnya menghargai peluang yang ada ini.
Baiklah, semoga tahun 2010 ini membawa anda ke satu peningkatan yang lebih bahagia dan lebih bermakna.
salam.

Val Aziz said...

Salam Dr. Mile,

Enjoyed reading thru ur blog and tips for a balanced living..i share ur views in living life with positive attitude.

Living life with regrets of making mistakes, and wallowing in the "what ifs" are just a waste of prescious time..however to a certain degree we have to ponder and reflect so as to not be a fool to repeat the same. Like the Chinese belief the universe=Yin and Yang..ada petaka, ada juga rahmatNya..now how to acquire this great balancing act is up to us.

Cheers and happy balancing!

Dr Mile said...

Thanx all for your comments. I have been very bz lately. But no worries, I never waive in what I set out to accomplish when I first started this blog. Stay tune. Theres good progress in my BLP book and I might share some of the pointers one of these days. Wishing you all Salam Aidil Fitri and all the best.

Alwana said...

saya suka membaca nukilan ini.