Friday, December 4, 2009

Membuat Keputusan

Terima Kasih saudara Ah Madd di atas komen anda yang lalu iaitu .. “Begitulah adat sebagai manusia..kita merancang-rancang untuk mendapatkan hasil terbaik, tapi Allah SWT yang menentukan jadi atau tidak. Saya harap preview yang akan datang diadakan dengan meriah kerana lebih bersedia.” .. komen saudara ini memberikan cetusan ilham kepada saya dipagi yang indah ini  Terima kasih juga atas doa saudara. Semoga niat dan tujuan kita tercapai juga akhirnya.

Selain daripada perancangan, setiap seorang daripada kita, telah diperkasakan (empowered) oleh Tuhan untuk membuat keputusan, khasnya dalam menentukan pilihan. Coba kita imbas kembali kehidupan seharian kita selama ini,... disetiap ketika dan keadaan, samada kita sedari atau tidak, kita akan sentiasa berhadapan dengan keperluan untuk membuat keputusan. Tidak kira samada ia berkaitan dengan perkara yang kecil mahupun besar.

Daripada memilih pakaian untuk dipakai, - makanan atau minuman untuk sarapan, - marah atau tidak ketika jalan raya sesak, - senyum, selamba atau muram ketika berhadapan dengan orang lain dalam situasi yang berbeza, - hinggalah ke hal ehwal memilih pasangan hidup, merancang keluarga, kerjaya masa depan dan berbagai-bagai lagi situasi dan kondisi. Pilihan harus dibuat.

Sebenarnya selagi kita mempunyai pilihan untuk membuat keputusan, itu adalah rahmat yang harus kita syukuri. Kerana terdapat sebilangan manusia di muka bumi ini yang tidak banyak pilihan untuk di ambil lantaran keadaan kehidupan mereka.

Apa pun keputusan yang kita buat dalam kehidupan ini akan mempengaruhi masa depan kita. Bagaimana keadaan dan dimana kedudukan kita sekarang adalah akibat daripada keputusan kita kelmarin - dan dimana kedudukan dan keadaan kita esok akan ditentukan oleh keputusan kita hari ini.

Apa yang penting ialah kita harus bertanggung jawab di atas apa juga keputusan yang kita buat. Kita tidak seharusnya mempersalahkan orang lain jika sesuatu yang tidak diingini terjadi akibat daripada keputusan kita itu. Kerana kita sendiri yang telah membuat keputusan - atau ‘kumpulan kita secara kolektif’ mengikut sistem yang telah kita terima sebagai norma kehidupan. Tidak kira samada ianya dibuat secara D.I.Y (Do it Yourself) dan D.I.T (Do it together) semuanya harus bertanggungjawab akibat daripada pilihan yang dibuat.

Tuhan telah memberikan kita akal dan fikir. Dia telah memberikan kita kuasa untuk membuat pilihan bagi menentukan nasib kehidupan kita. Sebab itulah kita harus menuntut ilmu dan memiliki pengetahuan yang bermanfaat untuk digunakan bagi membuat keputusan berpandukan seni dan sainsnya (Art and science of decision making), dalam perjalanan hidup ini. Dengan adanya penghayatan dalam ilmu pengetahuan akan membantu kita agar mengikut fikiran dan bukan hanya emosi ketika membuat keputusan. Saya akui ini bukannya mudah, dan tidak ada jalan pintas, melainkan harus dialui sendiri dalam perjalanan hidup masing-masing.

Dalam konteks BLP, memang ada beberapa teknik dalam membuat keputusan (ini akan kita bicarakan lebih lanjut dalam kesempatan lain). BLP menganjurkan agar kita sentiasa peka dengan aliran alam (Flow of nature). Ada perkara yang tidak perlu di paksa kerana ia akan mengambil bentuknya sendiri bila tiba masanya. Ada juga perkara yang jika kita lambat, walau seketika, kita akan kehilangan peluang keemasan yang amat bernilai. Sebab itulah BLP menilai sesuatu dari sudut seni dan sainsnya (art and science). Ini kerana, adalah lumrah untuk meletakkan keutamaan (priorities) berasaskan banyak ‘variables’ seperti niat, objektif, masa, keperluan, implikasi kepada orang lain yang terlibat, ‘magnitude’ isu, mahupun peluang dan sebagainya. Oleh kerana itu, kos melepas akan pasti berlaku. Walau bagaimanapun, Keputusan harus di buat - Tanggungjawapan harus dipikul - Perjalanan harus diteruskan.

Coba kita renungkan, adakah keadaan kita sekarang ini akibat daripada keputusan yang kita ambil sebelum ini secara pilihan ‘by choice’ ataupun kita sebenarnya terpaksa menerimanya sahaja terpaksarela kerana tiada pilihan ‘by-chance’? Apa pun jawapan kita, hakikatnya kita telah membuat suatu keputusan. Tidak membuat keputusan juga sebenarnya adalah satu keputusan. Kualiti keputusan kita hari ini akan mempengaruhi kualiti kehidupan kita di masa depan.

4 comments:

ah madd said...

Dr. Mile, saya tertarik bila Dr. mention kan manusia ini diberi peluang membuat keputusan dari pilihan diri sendiri. Kita boleh pilih bahagia atau derita..
memang banyak hal dan urusan dan situasi membuatkan kita dalam dilemma, tapi saya sendiri tidak suka memilih untuk derita, setiap perkara saya pilih untuk happy bahagia, walaupun pada orang lain perkara itu satu kedukaan.. sebagai contoh, saya pernah kemalangan kenderaan, instead of fighting over who's fault, saya ajak mereka berbincang baik² cari penyelesaian dan offer apa yg orang mahu dengar.. let's say compensation yg rasional.. dan bila dia mention nak bawa ke keputusan polis, saya akur, dan berikan dia kebebasan tapi setelah dia reda marahnya, dia sendiri juga mengakui bukan salah saya dan bukan 100% salah dia juga, akhirnya ianya selesai luar pengetahuan polis, dan sampai sekarang dah 5 tahun ni.. dia menjadi salah seorang rakan kenalan bukan sebagai musuhnya..
See, tindakan terburu-buru dan kurang sabar tidak menyelesaikan.. dan saya percaya situasi ini menyedihkan dan mengundang derita, tapi sabar, cakap berlapik dan doa .. nescaya kita di"menangi" dan diberi smiling face in the end..
banyak perkara, pilihan utk +ve serta sederhana dan buat keputusan wajar, bisa melepaskan kita dari derita, maybe menyatukan kita dengan orang yg bisa mudah saja jadi musuh.
Baiklah, asalnya mao kisahkan pasal perkataan ayat "pilihan dan keputusan" d tangan manusia sendiri. jadi kisah saya dan kemalangan pula.
thank you kerana sudi baca.

Anonymous said...

Dr.Mile saya pula tidak di beri pilihan tetapi apa yang terjadi pada diri saya terima dan hadapi sebaik mungkin saya tidak bersedia di tinggalkan dalam ertikata kehilangan Allah lebih menyayangi nya dan di mana saya memerlukan nya dalam kehidupan saya ,saya telah terpaksa menerima keadaan suka atau tidak saya harus terima itu menjadi ketentuan Nasib yang menimpa pada Hamba Allah yg hidup di dunia ini ,iaitu takdir tetapi saya berjaya berdiri dan menjalani hidup sendiri yang tidak saya fikirkan akan terjadi terlalu awal dlm hidup saya . Kehilangan orang orang yang di sayang terlalu sukar untuk di hadapi kerana ia merubah keadaan selesa kita juga memisahkan kasih sayang diantara orang ornag yang ada di sekeliling kita. saya tidak mahu berkeadaan bergini tapi saya tidak di beri peluang untuk memilih ini adalah ketentuan yang maha kuasa....

Dr Mile said...

Terima kasih Saudara ah madd dan anonymous. Maklumbalas saya terhadap komen saudara berdua ada terkandung dlam post saya bertarikh 23 Dis 2009 dalam tajuk 'Membuat Keputusan & Takdir'.

ah madd said...

Dear Anonymous,
saya juga pernah kehilangan orang yang saya sayangi. Usianya pun masih muda, 24tahun ketika meninggal. hampir sepuluh tahun pemergiannya, tapi macam semalam je orangnya pergi. tidak sempat bermaafan, buat kami sekeluarga terkilan. Dia sudah berkahwin, sayangnya tiada zuriat ditinggalkan. Kami sekeluarga hampir setiap hari bersedihan, tapi air mata bukan juga dapat menghidupkan dia kembali.. hanya waktu meringankan rawan hati. pun ada waktunya teringat gelagat karenah dia akan timbullah kisah suka duka bersamanya.
Walau kami sudah ambil keputusan redha pemergiannya tapi ada juga masanya terbit rasa pilu sebab ketiadaannya. Syukurlah pemergiannya masih ada jumpa tubuh badannya, masih dapat sekujur tubuhnya untuk kami lihat dia disemadikan kalau katalah kehilangannya tiada kujur tubuhnya, harusnya kami lebih bersedih dukalara. katalah pemergiannya kerana kekhilafannya tanpa kami tahu dia belum bertaubat, harusnya bagaimana kami dapat bantu dia ke jalan benar. mujurlah dia pergi itu bukan kerana perkara negatif, bukan kerana dibunuh, bukan kerana pengaruh dadah atau seumpamanya, dia pergi kerana kemalangan.

kepergian insan yang kita sayangi dan rapat satu keinsafan, sejak dia pergi saya teringat diri serba kekurangan dan rasa bekalan umtuk dunia dan akhirat banyak belum tersedia. hubugan sesama manusia khasnya adik beradik perlu diperbaiki. saya juga sedar rupanya harta benda bukan segalanya sampai kita lupa suruhan Allah SWT.

Baiklah sampai sini dulu kisah saya buat masa ini.. masih mahu cerita lagi tapi HMMM.. pasal sayang isteri, isteri suruh pulang buat susu anak².. heheheh ..
anyway, buat anonymous, saya doakan anda kalau senang² tu lawai selalu blog ini, saya pernah jumpa Dr. Mile dan tuan Kudus, serta beberapa teman dalam blog ini, nyata mereka peramah dan tiada saya terasa macam kena judgemental. saya boleh cerita apa sahaja tanpa rasa malu kena judging. padahal mereka ini bukan calang-calang orangnya, mungkin juga saya ini muka tidak malu.. heheheh.. Tapi yang nyata saya rasa selesa ceritakan apa saja pada Dr. Mile dan tuan Kudus.
Salam buat Dr. Mile, tuan Kudus, Haji Sulaiman, Kak Anty Jayn, dan anda semua yang membaca.
semoga Allah SWT mengizinkan kita semua bertemu lagi, dan menjayakan misi BLP kita ini.
Diberkati dan dirahmati usaha kita semua. Dipanjangkan usia kita dgn keberkatan. Dimurahluaskan rezeki kita semua, diberikan ketenangan dan keikhlasan n kesucikan hati kita. dikabulkan doa-doa dan hajat-hajat kita semua mengikut kemahuan hati.
salam dari jefri.