Kita harus menyedari bahawa kehidupan ini (life) adalah suatu yang hidup (alive) dan bukan jumud (stagnant). Suka atau tidak, mahu atau tidak, hidup kita ini sentiasa dalam perjalanan dan pergerakan. Walaupun kita sedang tidur, organ-organ dalam badan kita sibuk berfungsi. Kesemua bulu-bulu, rambut, kuku yang ada pada anggota badan kita hinggalah perut dan usus kita misalnya, sentiasa bergerak dan berfungsi. Jantung kita dan nafas kita tidak pernah berhenti walau seketika. Jika sesaat saja ia berhenti, ini boleh mengakibatkan kita lumpuh atau mati.
Hakikatnya diri kita tidak pernah berhenti bergerak. Walaupun batasan pergerakan itu dipengaruhi oleh keadaan kesihatan kita, selagi kita boleh bergerak, itulah tandanya kita masih hidup. Berhenti bergerak, padah akibatnya.
Demikianlah juga dengan alam semesta ini. Bumi sentiasa berputar pada orbitnya dan kerana itu terjadilah siang dan malam, air pasang dan surut. Kesemuanya bergerak dalam satu sistem yang harmoni patuh pada perintah Allah. Itulah sebabnya dalam program ‘House of Balance Living’ yang saya anjurkan, saya mengajak agar kita harus belajar dan bersabahat dengan alam dan hidup harmoni dengannya. Ini kerana kita juga merupakan salah satu daripada komponen alam ini.
Apa yang membezakan kita dengan seluruh alam ini ialah, kita telah dijadikan sebaik-baik kejadian (Asraful Mahluqats) dan kita (manusia) adalah pemimpin dipermukaan bumi. Sebenarnya seluruh alam ini diciptakan untuk memberi manfaat kepada kita. Sebab itulah kita dibekalkan akal dan fikir (hardware). Akal dan fikir akan lebih tajam dan bermakna jika di isi dengan ilmu dan zikir (software). Ilmu dan zikir pula akan lebih membawa manfaat jika dihiasai dengan ehsan (ethics). Keberhasilan yang baik akan diperolehi jika ada kesimbangan perkara-perkara tersebut.
Sebaliknya, jika kita tidak akur dengan perintah Maha Pencipta, kita akan jadi mahluk yang sangat rugi dan lebih hina daripada haiwan. Kerosakan dipermukaan bumi adalah akibat daripada perbuatan tangan manusia sendiri. Ini bukan pendapat saya, rujuklah kitab suci Al’Quran, anda akan dapati banyak peringatan dariapda Allah Rabbul Izzati tentang perkara ini.
Dalam nukilan yang lalu, saya menceritakan tentang satu peribahasa. Perlu diingat bahawa tiap sesuatu kata-kata hikmah misalnya yang berbentuk peribahasa dan lain-lain itu, timbul mengikut suasana atau konteks keadaan. Ini berlaku sejak zaman dahulu lagi dikalangan para nabi, arif-billah, ahli-fikir, ahli falsafah, ahli seni dari pelbagai jurusan dan termasuk juga para pemimpin agong yang datang dari pelbagai benua, bangsa, agama dan keturunan. Sebenarnya fenomena ‘kata-kata hikmah dan pedoman’ ini, berterusan hinggalah dikalangan arwah nenek moyang, ibubapa dan guru-guru kita dan bahkan mungkin dari diri kita sendiri, zuriat kita dan seterusnya hingga ke akhir zaman.
Samada kita boleh menerimanya dengan baik, atau memandangnya dengan kritis akan tergantung daripada sudut konteks mana kita melihatnya. Kita harus memilih daripada beribu-ribu kata-kata hikmah yang datang dari pelbagai sumber, untuk pedoman kita sesuai dengan konteks keadaan yang kita alami pada satu-satu masa. Apa yang penting ialah, kita harus mencari sesuatu sumber pengajaran atau inspirasi yang boleh dijadikan salah satu input untuk membuat keputusan bagi tindakan selanjutnya. Kita perlu memahami konteks kata-kata hikmah itu untuk mengambil iktibar secara berkesan sesuai dengan konteks yang sedang kita alami pada satu-satu masa. Dalam lain perkataan, kita harus melihatnya dari kacamata holistic ataupun menyeluruh.
Begitulah yang dikatakan pembelajaran seumur hidup. Kesemuanya berasal dari satu sumber iaitu Ilmu Allah, Tuhan yang mencipta alam dunia dan akhirat. Perumpamaan ilmu manusia yang paling pintar jika dihimpunkan sejak nabi adam hingalah hari kiamat, hanyalah umpama air setitis yang menitis dari sebilah jarum yang diangkat selepas direndamkan di lautan lepas.
Jika dalam nukilan yang lalu, saya menceritakan tentang perlunya supaya kita berhati-hati dan tidak gopoh-gapah dalam segala tindak tanduk kita dalam mengharungi kehidupan ini umpama peribahasa “Jangan hitung ayam anda sebelum telur ayam itu menetas”; dalam nukilan kali ini pula, saya ingin menggabungkannya (pair) dengan peribahasa “Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai kepangkal lengan, alang-alang mandi, biar basah”.
Ini kerana, selain daripada bersikap konservatif dan berhati-hati, kita tidak harus menghadkan diri untuk bertindak proaktif. Malah, kita harus imbangi dengan peribahas lain seperti “Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang mandi, biar basah” dan banyak lagi peribahasa yang berkaitan.
Perlu diingat bahawa kita harus bergerak dan terus bergerak untuk hidup kerana hidup itu bergerak. Boleh berehat tapi jangan berhenti bergerak. (Rest if you must, but don’t you stop!). Allah tidak akan mengubah nasib kita, jika kita tidak berusaha mengubah nasib diri kita sendiri. Jika kita berjalan (bergerak) ke arah kebaikan, Rahmat Allah berlari ke arah kita. Umpama air yang sentiasa mengalir, walau setitis kecil jika berterusan dengan istiqamah akan memberi kesan (lekuk atau lobang) ke atas batu yang keras yang tidak bergerak.
Jika kita berusaha sungguh-sunguh dengan menggunakan teknik yang betul, 10 biji telor bukan hanya akan menghasilkan 10 ekor anak ayam, bahkan boleh menjadi 20 ekor anak ayam dan lebih dari itu hingga 2 juta ekor anak ayam dan seterusnya. Sesungguhnya Allah melipatgandakan bagi siap yang dihendakiNya dan Allah Maha meluas, Maha Mengetahui.
Sebenarnya konteks ini adalah sejajar dengan Program BLP saya iaitu BLI 8.1 hingga 8.5. (InsyaAllah intipati perkara ini akan dihuraikan dalam website khusus Program BLP Dr.Mile)
Semoga maju jaya di dalam keseimbangan
Salam Ramadhan Al’Mubarak
Dr Mile
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment