Thursday, February 11, 2010

Welcome Back

Greeting. After considering requests from frens and family members, I now decide to normalize my blog for all. Please bear with me if i may be inactive in the blog due to my so tight schedule. I will definitely get back to any comments sooner or later. Wishing you all a pleasant balance life.

Sunday, January 3, 2010

Anda boleh juga menghantar emel terus kepada saya. TQ

Salam 2010 : Intipati BLP Kini Menyusul.

Salam Hormat dan Salam Tahun Baru 2010.

Harapan dan doa saya - semoga kita semua dapat maju setapak demi setapak, jika tidak berupaya melakukan lonjakan, untuk membina kehidupan yang seimbang. Semoga segala impian, hasrat, cita-cita dan angan-angan kita akan menjadi realiti untuk dikecapi Rahmat, Hikmat dan Nikmatnya.

Saya bersyukur kerana pada penghujung 2009, saya telah dipertemukan dengan saudara-saudara yang telah bersedia untuk menerbitkan buku BLP serta berganding bahu menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya.

Sehubungan dengan itu, saya akan mula mengisi blog ini dengan bahan-bahan yang lebih mengandungi intipati BLP. Tentunya ini akan ada perbezaan dengan sebelum ini yang lebih bersifat perbincangan umum dan sekadar pemanasan sahaja.

Justeru, bermula 8hb Januari 2010, blog ini akan menjadi terhad. Ini bermakna, ia hanya akan terbuka kepada mereka yang menjadi ahli atau pengikut blog ini (members / followers)sahaja, sebagai penghargaan kepada minat yang telah mereka berikan dan tunjukkan selama ini.

Oleh yang demikian, saya memerlukan alamat emel anda untuk diaftarkan secara tepat. Kepada mereka yang masih berminat untuk mengikuti blog ini, sila hantarkan post atau komen yang mengandungi alamat emel anda sebelum atau pada 8hb Januari 2010.

Sekian dan semoga sentiasa maju jaya.

Salam Hormat
Dr Mile