Salam hormat.
Semoga kalian Sihat, Ceria, Tenang dan Bahagia dimana juga berada.
1. Keadaan kehidupan di seluruh dunia sekarang semakin bercelaru dan membimbangkan. Saya percaya anda tidak akan menyangkal kenyataan itu. Ini kerana, kita baru sahaja mengalami trauma hambatan gejala pendemik Covid19 yang telah menjejaskan sosio-ekonomi negara. Ramai orang hilang punca pendapatan dan ada yang maut. Kes pengangguran menjadi-jadi. Mungkin kita adalah di antara mangsa gejala ini. Kini kita dikhabarkan lagi dengan kedatangan variant baru pula dan entah apakah lagi yang bakal muncul.
2. Jelaslah, tribulasi cabaran kehidupan semakin menekan dan menghambat semua lapisan masyarakat dan sekelian mahluk penduduk bumi. Krisis kehidupan ini merupakan sesuatu yang amat-amat membimbangkan. Bagi warga emas seperti saya, tentu sahaja bimbang, apalah akan jadi kepada anak cucu kelak.
3. Sebenarnya kerisauan ini bersifat global, dan turut dirasai oleh seluruh warga dunia dari semua peringkat termasuk peringkat pimpinan negara, para cendikiawan, saintis, ahli korporat dan teknokrat serta para aktivis masyarakat. Semuanya telah dan sedang berusaha melakukan pelbagai macam usaha mencari solusi untuk mengatasi kemelut ini.
4. Seperti anda, saya juga tidak terkecuali dari merasa bahang ini dan menyaksikan pelbagai kejadian yang menyedihkan di depan mata. Maka saya merasa terpanggil untuk berusaha mencari solusi yang sesuai bagi saya dan keluarga saya dan sambil itu, tampil kehadapan untuk berkongsikan apa juga yang saya rasa boleh mendatangkan manfaat walau bagaimana kecil ianya.
5. Iya, ini krisis global!, tidak syak lagi, perkara ini bukan hanya menjadi tanggungjawab nasional (National Responsibility) bahkan tanggungjawab global (Global Responsibility). Saya berpendapat, semua warga bumi harus berganding bahu berusaha mencari jalan dan solusi praktikal. Itu lebih baik daripada berpeluk tubuh dan hanya pasrah melihat krisi berlaku.
6. Lantaran itu saya telah mengambil suatu inisiatif berdasarkan pemahaman saya tentang apa yang sedang berlaku. Saya berpendapat bahawa apa juga yang kita rasakan ini adalah akibat daripada kepincangan atau ketindakseimbangan yang berlalu di dunia. Bagi saya, solusinya terletak kepada sejauhmana kesediaan kita dan warga dunia untuk kembali kepada asas. Bagi saya asas ialah kehidupan seimbang.
7. Lalu saya fokus kepada inisiatif *berusaha membina Kehidupan Seimbang*. Ini bukanlah sesuatu yang baru bagi saya. Saya telah membuat kajian tentang kehidupan seimbang dan menulis penemuan saya tentangnya sejak tahun 2000 lagi. Pada awalnya, inisiatif itu hanya sekadar perjuangan persendirian di zaman muda. Tetapi apabila saya lihat ramai pula orang di luar sana juga mencari perkara yang sama, maka saya telah berikan perhatian serius dan fokus terhadapnya. Maka lahirlah sebuah program yang saya namakan “Amalan HIdup Seimbang Saya” ataupun “My Balance Living Program” atau singkatannya MyBLP. Saya tidak mengatakan ini sesuatu yang terbaik, tetapi ini adalah salah satu hasil dari pembelajaran sepanjang hayat (Life Long Learning) yang ingin saya wariskan ksebagai pusaka kepada anak cucu serta generasi akan datang.
8. Apa yang saya lakukan ini ini langsung tidak berunsurkan politik. Tiada sebarang muslihat sama sekali. Seperti yang saya katakana dalam para 5 di atas, “ini sudah menjadi tanggungjawab nasional (National Responsibility) bahkan tanggungjawab global (Global Responsibility) untuk insan sejagat.
9. Apa yang perlu kita lakukan ialah, kita hanya perlu meluangkan sedikit masa yang kita khaskan untuk bertukar-tukar pendapat, ilmu pengetahuan dan pengalaman, dalam usaha kita mencari penyelesaian terbaik untuk isu yang sedang kita hadapi. Ini akan dilakukan dalam persekitaran yang kondusif mengikut keselesaan kepada kita, misalnya, dalam mesyuarat Zoom Internet, sesi bersemuka secara peribadi, atau dalam sesi program latihan khas dan seumpamanya. Pada Ketika itu, saya atau mana-mana pengamal MyBLP bertauliah yang lain, akan memberi bimbingan dan menyediakan garis panduan khusus berdasarkan formula MyBLP, seperti Lapan (8) Amalan Hidup Seimbang dan sebagainya. Ini penting untuk kita gunakan sebagai peralatan (tools) dan panduan (guidelines) dalam menghadapi serta menyelesaikan apa juga isu-isu yang sedang dihadapi. Kemudian dari situ, kita boleh terus mengamalkan ‘Balance Living’ tadi dan rasai manfaatnya. Mungkin pada tahap itu, kita sudah mula menjalani kehidupan yang seimbang. Sudah tentu ini bukanlah semudah yang diperkatakan. Ini memerlukan usaha dan komitmen serta dedikasi yang berterusan Apabila kita merasakan terdapat hasil positif dalam hidup kita, maka bolehlah kita kongsikan pengalaman itu kepada keluarga dan rakan-rakan, mahupun menjemput warga dunia lain yang berminat untuk menyertai inisiatif ini secara sukarela. Tiada paksaan langsung.
10. Jika anda ingin tahu apakah itu “Kehidupan Seimbang” yang saya maksudkan dalam penulisan ini, mari sertai saya dalam pengembaraan ini. Sudi kiranya jenguk Facebook & Blog di bawah ini. Moga bernafaat hendaknya.
FACEBOOK
MyBLP Puncakmaya (Dr Mile)
facebook.com/MYBLP.DRMILE
BLOG
*Puncakmaya Housed of Balance Living*
tenagapuncakmaya.blogspot.com
11. Jika ada masuk dalam FB & Blog tu, tegurlah saya dengan *menaip "Salam Maju Jaya Dalam Keseimbangan"*.
12. Jika setelah membacanya dan anda rasa ada manfaatnya, sudi apalah kiranya *kongsikan" kepada keluarga, teman dan sahabat handai yang juga mencari sesuatu solusi untuk diri mereka. Mungkin disini ada punca pendapat untuk mereka bertitik tolak kearah Hasrat mereka itu.
13. . Ayuh, bersama-sama kita wujudkan Komuniti Masyarakat & Insan Seimbang, iaitu mereka yang ingin bersama-sama membina Kehidupan Seimbang untuk menjadikan alam ini suatu tempat yang indah untuk didiami (Make the world a better place to live in).
Terima Kasih
Salam Maju Jaya Dalam Keseimbangan
Dr.Mile : Pengasas MyBLP (Sejak 2000)